Blogger templates

Saturday, June 25, 2011

Kamu juga yang paling jahat


Pada suatu hari , sekumpulan orang cerdik pandai datang ke rumah Rabia'tul Adawiyah dengan membawa suatu kenyataan yang menarik. Mereka fikir dengan kenyataan itu Rabi'atul Adawiyah akan mengalah, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah mengalah dalam hujjah.

" Wahai, Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, tidak kepada perempuan." Kata ketua rombongan itu.

"Buktinya ?? " tanya Rabi'atul Adawiyah.

"Enti tahu sendiri. Mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada lelaki. Mahkota kebangsawan juga ada pada lelaki. Yang paling penting , tidak ada orang perempuan yang diangkat menjadi Nabi atau Rasul tapi semuanya dari golongan lelaki. " Kata mereka pula.

" Memang betul kata-kata tuan-tuan tu tapi perlu diingat bahawa sejahat-jahat pangkat yang ada pada kaum lelaki. Siapa yang paling mengagung-agungkan diri sendiri ?Siapa yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan ? Dan siapa pula yang berkata , "Bukankah aku ini tuhanmu yang mulia ?? " Kata Rabi'atul Adawiyah sambil merujuk pada fir'aun dan namruz.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah pun berkata lagi.
"Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang perempuan. Semuanya ditimpakan pada kaum lelaki."
_________________________

"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. "
( Nahl : 23 )

Walau ada sebesar mana pun pangkat kita, 'ilmu kita , janganlah sombong. Kadang-kadang kita hanya nampak kita sahaja yang mempunyai "master" padahal ada lagi yang telah memiliki "PHD".Kadang -kadang kita hanya nampak dan belajar satu fakta sahaja tapi kita terlepas pandang bahawa ada lagi fakta lain yang tidak kita ketahui dan pelajari. Maka oleh itu , berlapang dada lah dan terima 'ilmu yang Allah bagi free. Terima seadanya bahawa kita masih lagi berada di tahap yang bawah. Tak salah seorang muslim tu merendah diri.

"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus."
(Hajj : 67)

Nabi saw pernah bersabda bahawa ," Tidak akan masuk syurga diri seseorang itu jika dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan. Jadi seorang sahabat bertanya, apakah dengan memakai pekaian cantik dan selipar yang elok itu dikira sombong? Maka Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
( Bukhari wa Muslim)

Imam Hambal dan dunia


Bertahun-tahun Imam Hambali dipenjarakan kerana mempertahankan bahawa alQuran itu kalamullah bukan makhluk sebagaimana kepercayaan yang dianut oleh Khalifah-Khalifah masa itu.Beliau dimasukkan ke penjara sejak pemerintahan Khalifah alNuktashim, al Makmun,al Wathiq sehingga al Mutawakkil Billah.

Dimasa pemerintahan Khalifah al Mutawakkil Billah itulah fahaman yang mengatakan alQuran adalah makhluk dianggap sesat telah dibantras / dibanteras (asif, keliru ejaan). Dengan sendirinya Imam Hambali dibebaskan.Pembebasan beliau telah disambut dengan segala hormatnya di istana Khalifah al Mutawakkil Billah. Khalifah al Mutawakkil Billah memohon maaf pada Imam Hambali atas penahanan yang keberpanjangan oleh para pendahulunya.

Dihadapan para pegawai tinggi kerajaan, Khalifah telah menganugerahkan pakaian persalinan yang sangat bagus dan mahal kepada Imam Hambali. Bahkan Khalifah sendiri yang memakai itu ke badan Imam Hambali. Melihat penghormatan itu, Imam Hambal bukannya gembira, malah bertambah gelisah dan menangis.

" Ana telah selamat dari bahaya yang diada-adakan oleh mereka selama ini. Akan tetapi apabila ajal ana sudah hampir datang, mereka menguji ana pula dengan dunia mereka." Kata Imam Hambal di dalam majlis meraikan kebebasannya itu.

Maka sebaik saja keluar dari istana, pakaian yang dipakaikan oleh Khalifah itu ditanggalkannya. Beliau pulang ke rumahnya dengan memakai jubah buruk yang telah dipakainya bertahun-tahun itu.

Setelah itu, Khalifah menghantarkan hadiah wang sebanyak 10 000 dirham kepada Imam Hambal untuk keperluan belanja harian. Pada sebelah malamnya, Imam Hambal tidak nyenyak tidur kerana wang itu.

" Ana diuji lagi dengan dunia oleh mereka. " Kata Imam Hambal.

Maka pada sebelah paginya, wang itu dibahagi-dibahagikan kepada fakir miskin dan orang yang memerlukannya sehingga habis. Takde sesen pun tinggal.

______________________________
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."
('Ankabuut : 64)

Moga kita tidak tertipu dengan dunia. amiin T_T

"Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya."
('Ankabuut : 43 )
Moga bermanfaat.


Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda :
"Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir."
(Muslim)

Tuesday, June 21, 2011

Terlalu sangat menjimatkan masa.


Daud at Ta'i adalah seorang yang sangat-sangat menjimatkan masa. Setiap kali dia akan makan apa saja yang sentiasa direndamnya di dalam air terlebih dahulu sehingga lembut atau hancur kemudian diangkat dan ditelannya. Dia tidak mengunyah makanannya padahal giginya masih baik.

"Mengapa tuan tidak mahu mengunyah makanan, tapi hanya menelannya ?? Tanya seseorang yang ingin tahu rahsia Daud at Ta'i.

" Untuk menjimatkan masa. Kerana masa untuk mengunyah ana gunakan untuk membaca ayat-ayat Quran. " Jawab Daud at Ta'i.

Demikian juga dia tidak pernah menyikat janggutnya. Jika ada orang tanya kenapa, dia akan menjawab : " Ana tidak ada masa nak sikat kerana masa ana habis dengan mengingati Allah."

Setiap kali Daud at Ta'i membasuh pakaiannya, dia berkata : " Alangkah bagusnya jika aku dapat membasuh hatiku seperti ini. "
________________________________

SubhanAllah ,, subhanAllah ,, subhanAllah. :)

" Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah. "
( Furqan : 57 )

Moga bermanfaat. ^^


Monday, June 20, 2011

Istana Rasulullah atau Istana fir'aun ????


Pada suatu hari, Hatim al Ashamm pergi ke Madinah. Ketika itu daulah Islam sudah berada di bawah kekuasaan keluarga Abbasiyah, maka banyaklah bangunan-bangunan cantik di Madinah termasuk penguasanya. Orang ramai pun mengerumi (mcm ni ke eja? huhu ) Hatim kerana dia dianggap sebagai orang asing.

"Kota apakah ini ? " tanya Hatim kepada penduduk Madinah.

"Ini kota Rasulullah saw." jawab mereka.

"Kota Rasulullah ?" tanya Hatim lagi.

" Iye " jawab mereka lagi.

"Dimana letak istana Rasulullah ? Ana mahu mengerjakan solat didalamnya." Tanya Hatim

"Istana Rasulullah ? Mana ada. Rasulullah saw tidak mempunyai istana. Baginda hanya mempunyai rumah rendah di atas tanah sahaja. " jawab mereka.

"Hm, kalau begitu dimana istana para sahabat Rasulullah ??" tanya Hatim pula.

"Tidak ada juga tuan. Mereka juga hanya mempunyai rumah-rumah rendah diatas tanah. " jawab mereka pula.

"Kalau begitu, ini bukan kota Rasulullah tapi kota Fir'aun. " kata Hatim.

Orang ramai yang ada disitu terkejut mendengar kenyataan Hatim tersebut.Baru sekarang mereka mendengar seorang orang asing mengatakan ini kota Fir'aun. Kerana mereka tidak boleh menerima pernyataan itu lalu mereka menangkap Hatim dan dibawa ke rumah gabenor yang mentadbir Madinah ketika itu.

" Orang asing ini mengatakan bahawa kota ini adalah kota fir'aun. " kata orang ramai kepada gabenor sambil menyerahkan Hatim.
Setelah mengetahui laporan yang dikatakan oleh orang ramai itu,gabenor menjadi marah.

" Mengapa engkau berani bercakap demikian ? " Tanya gabenor kat Hatim.

" Sabar tuan. Jangan cepat marah kepadaku. Ana ni orang bodoh dan orang asing disini. Ana bertanya kepada orang ramai , "Kota apa ini ? " Mereka menjawab kota Rasulullah . Ana bertanya lah lagi : "Kalau kota Rasulullah , dimana istana baginda ? " Mereka mengatakan : " Baginda tidak mempunyai istana, hanya ada rumah rendah sahaja di atas tanah. "

Hatim terus lah bercerita sehingga membacakan firman Allah dalam suratul Ahzab ayat 21 ,


"Kalau seperti ini keadaannya , siapakah tuan-tuan ikut ?? Rasulullah saw atau fir'aun orang yang mula-mula membina bangunan yang terdiri daripada batu-batu marmar dan batu-batu bata ? " kata Hatim seterusnya.

Gabenor Madinah dan orang ramai yang ada disitu hanya terdiam. Mereka tidak menyuarakan apa-apa jawapan pun pada Hatim. Lalu mereka beredar meninggalkan Hatim.

------------------------
Allahuakbar ,, kata walid, kisah ini mengajar kita agar kembali kepada ajaran Islam.
Contohnya cuba lihat tentang pakaian . Betapa ramai masyarakat sekarang mengikut pakaian sunnah Rasulullah ? kebanyakannya mengikut pakaian agama lain. yang paling ramai memakai pakaian yahudi yang mendedahkan aurat. tidak pula termasuk hal-hal yang lain. kalau pakaian pun sudah mengikut yahudi, inikan lagi akhlaknya. tetapi masih mahu berkata " Aku ummat Muhammad " , " Aku orang Islam" .. nauzubillah T_T

" Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin . "
(Hajj : 32 )

" (al Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. "
(Sod : 29)


Tak salah kan kalau berpakaian macam ni ?? :)

walid sape lah ni..
p/s : zaman walid muda2. baru dpt anak seorang.
sekarang walid da berbadan besar. :)

Sunday, June 19, 2011

Pakaianku Hanya Satu

------------------------------

Suatu ketika,Khalifah Umar bin Abdul Aziz berceramah di hadapan umat Islam. Sebagaimana biasa, orang ramai sangat-sangat lah berminat terhadap isi ceramah Khalifah yang 'alim lagi warak ini kerana isi ceramahnya sangat bermutu dan menyentuh hati para kaum muslimin.Akan tetapi kali ini perhatian para hadirin bertambah satu perkara. Ya'ni selain mendengarkan pada syarahan yang sangat memikat, mata juga tertumpu pada tangan Khalifah yang sentiasa mengerak-gerakkan baju yang dipakainya.Kadang-kadang Khalifah menggerakkan bajunya di bahagian kanan dengan tangan kanan tangan, dan kadang-kadang bahagian kiri dengan tangan kiri. Sekali sekala beliau menggerak-gerakkan baju bahagian hadapan.

Para hadirin saling berbisik dan bertanya sesama sendiri apa sebabnya Khalifah bersikap demikian ketika berpidato kali ini.

Setelah majlis bersurai, barulah mereka mendapat tahu bahawa Khalifah hanya mempunyai sepasang baju. Kebetulan, sebelum pergi ke majlis untuk berpidato, baju Khalifah baru sahaja selesai dibasuh dan dipakainya sebelum kering kerana ketiadaan baju lagi. Maka agar baju tersebut kering lebih cepat, lalu digerak-gerakkannya ke kanan dan kiri. Maka kelihatanlah gerak tangan Khalifah kadang-kadang tidak mengena dengan kandungan pidatonya. Orang ramai hanya senyum-senyum sahaja apabila mendapat tahu keadaan Khalifahnya. Mereka telah maklum bahawa Khaliah yang satu ini betul-betul warak, sangat hati-hati dalam berbelanja dan menjaga harta negara. Beliau tidak menyimpan barang berlebihan. Oleh kerana itu, beliau membeli baju baru yang sedia ada sudah rosak dan tak dapat dipakai lagi.

------------------------------
SubhanAllah... sampai begitu sekali Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Seorang yang sangat menjaga hartanya daripada dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu. Beliau juga seorang sangat amanah menjaga harta negara dan tidak mengguna sedikit pun harta negara. masyaAllah..
Tapi ... kita ? adakah kita menjaga harta kita seperti itu walaupun sedikit ???? pernahkah kita terlintas bahawa harta yang berlebihan yang diberi Allah adalah harta orang lain yang perlu kita kembalikan ???? amanahkah kita dalam menjaga hak orang lain ???

Kata suami : "tahun ni abang dapat duit bonus , bolehlah kita pergi shopping... ! "
Kata isteri: " Abang, jum pergi shopping beli perabot baru, beli baju baru, beli itu beli ini. "
Kata anak-anak: "Ayah,ayah .. adik na tu.. akak na ni.. abang na yang tu dan yang ni "
Kata kawan-kawan: " Cuti sekolah kita pergi "outing" na tak ? Ayah da bagi duit."

Astaghfirullah.. lalainya manusia dengan ni'mat harta. T_T

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
(Suratul Nisa : 58)

" Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui al Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
! "
(Suratul Furqan: 50 )
Nauzubillah ya Allah. T_T

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
(Suratul Qasas : 17)
amiin. T_T



Friday, June 17, 2011

Doa sedikit atau banyak ?? ^^



--------------------
Tempat-tempat di sekitar Ka'abah adalah tempat mustajab doa. Disana kaum muslimin mengambil kesempatan untuk memanjatkan permohonan kepada Allah dengan harapan permintaanya diqabulkan. Seorang hamba Allah di zaman Khalifah Umar al Khattab telah menjadi sebutan para sahabat berkenaan doa yang dipohonkan kepada Allah.

Suatu ketika Amirul Mukminin as Sayyid Umar ibn Khattab bertawaf disisi Ka'bah. Tiba-tiba as Sayyid Amirul Mukminin ini mendengar seorang hamba Allah sedang berdoa di Multazam.

" Allahummaj 'alni minal qalil.. yang bermaksud ya Allah jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang sedikit.. " Doa hamba Allah itu.

Khalifah Umar pun hairan mengapa orang itu minta dimasukkan kedalam golongan sedikit, beliau tidak faham akan maksud "sedikit" itu.Walaupun begitu beliau tidak terus menegurnya ketika itu sehinggalah selesai tawaf.Setelah selesai tawaf, Khalifah Umar menyuruh agar hamba Allah itu dibawa kehadapannya.

"Wahai hamba Allah, mengapa seperti itu doamu?? " tanya Khalifah Umar.

"Benar Khalifah, bukankah dalam kitabullah iaitu dalam suratul Saba' ayat 13 ada mengatakan..
Hamba Allah itupun membaca ayat tersebut,
" Wa Qaliilum min 'ibaadiyash syakuur.. " yang bermaksud "Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."

Mendengar jawapan itu, Khalifah Umar mencela dirinya sendiri: "Semua orang lebih 'alim daripada engkau wahai Umar!"

Rupanya hamba Allah tadi minta kepada Allah agar dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang bersyukur yang disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang sedikit.

---------------------

SubhanAllah , kita selalu berdoa .. "ya Allah , beri aku ini , beri aku itu .." tapi pernahkah kita berdoa seperti doa hamba Allah diatas. Malah, pernahkah kita terlintas untuk mensyukuri ni'mat syukur itu?? T_T

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? "
(suratul Rahman : 29-30)


Tuesday, June 14, 2011

Cita-cita dan rindu ^^



بسم الله الرحمن الرحيم

A001
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
A002
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
A003
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


A004
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
A005(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)



A006
Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
~Suratul Fath~
(1-6)
******
Surah ini adalah salah satu surah yang Rasulullah sangat suka kerana surah ini mengisahkan kemenangan Islam.
Surah ini juga memberitahu akan perjanjian hudaibiyyah yang dilakukan keatas kaum Quraisy Makkah ketika bulan zulhijjah yang pada ketika itu Rasulullah memasuki Makkah untuk menunaikan haji.

Thursday, June 9, 2011

Nawaitu , an Niat

Ketika sedang menuntut ilmu, Abu Yazid mencurahkan segala perhatiaanya terhadap kitab yang dipelajarinya dan keterangan-keterangan gurunya.Siang berpuasa dan pada sebelah malamnya bangun tahajjud.Demikian dilakukannya sepanjang pengembaraannya selama tiga
puluh tahun dari satu guru kepada guru yang lain sehingga jumlahnya mencapai 113 orang.

Suatu ketika dia belajar di bawah asuhan seorang guru yang juga ahli sufi terkenal bernama Sadiq.Di situlah Abu Yazid lebih menumpukan penglihatan dan pendengarannya hanya pada pelajaran sehingga dia tidak tahu hal-hal disekelilingnya.

Suatu hari,guru Abu Yazid iaitu Tuan Sadiq menyuruh Abu Yazid untuk mengambil sesuatu.

" Hai Abu Yazid , tolong ambilkan buku ana. " kata tuan guru Sadiq.

" Kat mana? " tanya Abu Yazid.

" Kat tingkap. " jawab tuan guru Sadiq.

" Tingkap yang mana ? " tanya Abu Yazid lagi.

" Tingkap yang itu la.mana ada tingkap lagi. " jawab tuan guru Sadiq.

" Ana tak tau la tuan guru... ??? " tanya Abu Yazid.

" Astaghfirullah ! Enta belajar dan tinggal kat sini dah bertahun-tahun , takkanlah tak tau tingkap. (=.=' ) " kata tuan guru Sadiq.

" Tidak. Ana tak tau . Ana datang kat sini untuk belajar kepamumu tuan guru Sadiq, bukan untuk melihat tingkap dan lain-lain yang ada kat sini. Selama ini mata dan pendengaranku tertutup pada hal-hal lain selain pada pelajaran yang tuan guru terangkan. " Jawab Abu Yazid.

Mendengar jawapan itu tahulah tuan guru Sadiq bahawa muridnya itu telah mencapai taraf tinggi kerohaniannya dan telah berhasil apa yang telah dipelajarinya. Maka berkatalah Sadiq kepada Abu Yazid : " Kalau demikian pelajaranmu telah selesai.Maka enta kembalilah ke Bustam. "
----------------------------------------------

SubhanAllah... niat Abu Yazid yang sangat membanggakan.
" Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. " (Fussilat : 35)

wAllahu'alam. ^^