Blogger templates

Monday, October 21, 2013

Memahami Definisi 'Menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran'


Salah seorang sahabat saya bertanya tentang usaha-usaha memulihkan keruntuhan akhlaq masyarakat.

Tersentap sedikit. MASYARAKAT?! Masyarakat bukannya seorang dua,namun berpuluh-puluh bahkan berjuta-juta.
Saya  sentiasa ingat sabda firman Allah swt ini dalam menjalankan da'wah ;
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang MENYERU (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta MELARANG (mencegah) daripada SEGALA YANG SALAH (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [Ali Imran:104]

Allah swt menyuruh kita menyeru kebaikan dan melarang (cegah) segala kemungkaran. Tup! berfikir kejap, agensi da'wah banyak jiddan. Dari agensi ‘bersanad’ hingga ‘tidak bersanad’ pun ada. Bukan hanya sekitar dimalaysia,bahkan diseluruh negara pun ada. Dari program secara kecil-kecilan hingga keluar tv pun banyak. Yang berda'wah bukannya sikit malahan puluhan juta. Yang berjalan dari timur ke barat, selatan ke utara. Padahal janji Allah itu pasti dan benar apabila kita menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran,kita akan menjadi ummat yang berjaya dunia dan akhirat. Namun,mengapa masyarakat masih lagi tidak berubah? Mengapa semakin teruk? Belum lagi ditambah dengan masalah aqidah sesat.


Solusinya:
Memahami definisi 'menyeru kebaikan'.
Ramai dikalangan kita faham apa itu menyeru kebaikan. Ajak orang solat adalah menyeru kebaikan,ajak orang tutup aurat adalah menyeru kebaikan,ajak orang tinggalkan maksiat adalah menyeru kebaikan,ajak orang bertasbih dan berselawat adalah menyeru kebaikan,ajak orang kutip sampah pun dianggap menyeru kebaikan. Budak tabika pun boleh tau dan faham secara jelas menyeru kebaikan.

Namun menyeru kebaikan sahaja masih belum cukup. Asyik seru orang buat baik je tapi yang buruk dibiarkan. Mana boleh! Oleh kerana itu Allah swt tegas meletakkan, ‘hendaklah kamu menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran’ secara selari.  Yang bermaksud menyeru kebaikan perlu disertai dengan mencegah kemungkaran.

Memahami definisi ‘melarang (cegah) kemungkaran.’
Majoriti dikalangan kita cukup memahami apa itu mencegah namun sayangnya tidak cukup memahami apa itu kemungkaran. Kemungkaran tu macam mana? Demontrasi ke? Atau tidak memboikot mcD?

Definisi kemungkaran bermaksud segala perkara, keputusan, urusan, percakapan, perbuatan, perlakuan, pergerakan yang dilarang serta ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.
Atau apa-apa sahaja yang dilarang serta ditegah dan diharamkan oleh Allah swt adalah kemungkaran.

Antaranya ;
-Tidak berhukum dengan hukum Allah adalah kemungkaran. 
-Melakukan transaksi riba’ secara jelas dan tidak jelas adalah kemungkaran.  
-Melakukan rasuah secara jelas dan tidak jelas adalah kemungkaran. 
-Membuka club-club social adalah kemungkaran. 
-Menukarkan hukum haram yang Allah tetapkan kepada hukum halal adalah kemungkaran. 
-Menukarkan hukum halal kepada hukum haram pun adalah kemungkaran. 
-Dan macam-macam lagi kemungkaran dari yang kecil hingga besar boleh dilihat. Dari yang tidak biasa dibuat hingga menjadi biasa ke darah daging pun ada.

Namun,masyrakat kita selalu ambil jalan menyeru kebaikan je. Mencegah takde. Kononnya dengan menyeru kebaikan, kemungkaran akan lenyap. Guys, kalaulah mudah macam tu Allah dan Rasul takkan letakkan menyeru dan mencegah secara selari.

'Anas Ibn Malik ra bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, (apa akibatnya) apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Rasulullah saw bersabda: "Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada kamu. Zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada orang yang terendah akhlak di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di kalangan kamu."' 
[Ibnu Majah,alFitan,Ahmad]

Dan siapa kita untuk merasai lebih hebat pengetahuannya dari Allah? Fikir-fikirkan okay. J

“Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.” [Ali Imran:109] Wallahu’alam.