Blogger templates

Friday, January 7, 2011

Hamba Abdi ^_^

JANGAN KAU MENANGIS KERANA DUNIA SELAGI DI AKHIRNYA ADALAH PERPINDAHAN !!

Maksudnya lebih kurang, usahlah dikau menangisi perkara-perkara duniawi yang luput daripadamu, kerana dunia ini hanya sementara. Kamu akan berpindah juga akhirnya ke alam yang lebih kekal abadi.

Hari ini harta kita mungkin di curi, , kita dipinggirkan di sekolah , jawatan dilucutkan atau apa sahaja yang menyedihkan hati… hadapi ia dengan sabar dan reda. Justeru kita masih lagi berada di dunia fana. Ia bukan segala-galanya bagi kita.

Apa yang penting untuk difikirkan ialah apakah Allah reda pada kita disebalik semua takdirnya itu. Apakah kita telah menerimanya dengan tatacara sebagai seorang hamba yang merendah diri kepada Allah.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Mudah-mudahan kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Hadid, 22-23)

Apakah kita mahu memuhasabah diri… apakah dosa-dosaku padaMu ya Allah… ampunkan daku Ya Allah… Berikan daku kesabaran dan kekuatan… Gantilah kesedihanku ini dengan pengampunan dosa-dosaku yang menggunung tinggi… Bantulah daku membersihkan karat dosa yang menimbun…

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut (kepada musuh), kelaparan dan berkurangnya harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami pulang. (Baqarah, 155-156)

Kemudian kuatkan tekad, sematkan azam untuk menjadi muslim yang lebih baik… lebih baik imannya… lebih baik taqwanya… Hinggalah kita mencapai darjat MUKMIN yang memiliki nafsu mutmainnah…

Berbahagialah dengan dirimu yang baru… Bersenang-senanglah dengan jiwamu yang bersih…

Ramai manusia memburu kedudukan yang tinggi di sisi manusia… memburu pangkat Profesor Madya…Profesor… Timbalan Pengarah… Pengarah… Naib Ketua Pemuda…Ketua Pemuda…Naib Presiden… dan seterusnya…

Berapa ramai pula yang memburu status HAMBA di sisi Allah?

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghafir: 60)


Hanya itulah yang Allah cari dari diri kita .

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Baqarah: 186)

No comments:

Post a Comment