Blogger templates

Thursday, December 23, 2010

ILMU NAHWU

Asalam 'Alaykum

Kunci dalam mempelajari bahasa adalah banyaknya krosa kata yang dimiliki (dihafal) dan menerapkannya di dalam kalimat, dengan demikian ia akan mampu berbahasa dalam bahasa tersebut, namun hal itu belum menjamin keselamatan ungkapan dari kefahaman dan ketidak fahaman pendengar atau lawan berbicara yang disebabkan oleh kesalahan penggunaan suatu kaedah, terutama dalam bahasa arab yang penuh dengan berbagai bentuk kaedah yang mana bila salah dalam menggunakannya maka akan berakibat fatal terhadap erti dan maksud dari ungkapan tersebut. Untuk itu secara singkat, ana akan menjelaskan sedikit dasar-dasar dari kaedah umum bahasa arab (Nahwu) yang dikira dapat membantu dalam mempelajari bahasa arab.

Dalam berkata-kata dan menyampaikan maksud kepada orang lain, tidak akan terlepas dari untaian kata-kata yang terangkai dalam suatu kalimat, dalam bahasa arabnya disebut dengan الكلام ya'ni kalimat sempurna, terdiri dari dua kata atau lebih, baik terdiri dari dua isim (kata benda), contohnya الاتحاد قوة (Persatuan adalah power), atau terdiri dari Fiíl (kata kerja) dan Isim (kata benda), contohnya عاد المسافر (telah kembali para musafir), atau terdiri dari Fiíl amar misalnya, استَقِمْ dan fiíl Dhamir tersembunyi (mustatir). Kesemuanya itu menunjukkan bahawa kalimat tesusun dari beberapa kata dan mempunyai erti yang sempurna.

Kata الكلمة secara bahasa berasal dari kata كلم yang bererti melukai dengan anggota tubuh جرح kemudian erti tersebut lebih dikhususkan pada Lafaz yang diletakkan terhadap erti tertentu. Kadang kata الكلمة yang digunakan namun makna yang dimaksudkan adalah Kalimat, misalnya dalam alQuran: (كلا إنَّها كلمة هو قائلها)Lafaz اللفظ mencakup الكلمة dan الكلام ya'ni suara yang terdiri dari beberapa huruf, sedangkan القول iaitu apa-apa yang diucapkan baik itu sempurna mahupun tidak sempurna.

Jenis-jenis Kata

Setiap kalimat tersusun dari beberapa kata yang mempunyai erti yang mana dapat menunjukkan akan kedudukan dari kata tersebut di dalam kalimat, misalnya dalam bahasa Malaysia dikenal dengan istilah subjek, predikat dan objek, begitu pun halnya dalam bahasa Arab. Sebelum mengetahui kedudukan kata, terlebih dahulu kita mengenal bentuk-bentuk kata dan pembahagiannya dalam bahasa Arab guna membantu dalam memahami dan mengetahui kedudukannya didalam sebuah kalimat. Kata di dalam bahasa Arab terbahagi kepada tiga, iaitu:

Isim الاسم (Kata benda)

Isim secara bahasa adalah nama, iaitu sebutan yang menunjukkan suatu yang dinamakan, apakah sebutan itu pada jenis atau pada unsurnya. Manusia ناس atau رَجُل adalah nama untuk suatu jenis yang dinamakan manusia atau lelaki, dan Ahmad أحْمد adalah nama untuk individu yang dinamakan Ahmad. Semua kata ini adalah Isim. Dalam pengertian yang paling sederhana merujuk padanan dalam bahasa Malaysia, maka Isim adalah nominal. Sedangkan dalam istilah Nahwu, Isim adalah suatu kata yang menunjukkan makna tersendiri dan tidak terikat dengan waktu.

Bagaimana kita boleh mengetahui suatu kata dalam bahasa Arab itu adalah Isim? kerana kita baru belajar mengenal Nahwu jadi kita tidak mengetahui makna kata tersebut dan tidak juga mengetahui apakah suatu kata mengandung makna yang terikat dengan waktu atau tidak. Caranya adalah dengan mengetahui tanda-tanda Isim pada suatu kata yang membezakannya dari dua jenis kata lainnya. Setiap kata yang mengandung atau boleh menerima salah satu dari tanda-tanda tersebut, maka kata tersebut adalah Isim.

Tanda-Tanda Isim

Ada beberapa tanda yang terletak pada suatu kata yang menunjukkan bahwa jenis kata tersebut adalah Isim. Tanda-tanda Isim tersebut adalah:

A. Tanda dari segi erti

Untuk mengetahui apakah kata tersebut termasuk isim, dapat dilihat dari maknanya, atau kata tersebut boleh disandarkan kepada kata yang lain baik ia adalah subjek (fi'il) atau pemulaan kalimat (mubtada). Contohnya عاد المسافرون isim di dini bersandar pada fiíl (kata kerja) yang menunjukkan ia adalah fi'il, contoh mubtada مسافر خالد .

B. Tanda dari segi Lafaz

Tanwin التنوين iaitu bunyi nun sukun pada akhir kalimat yang ditandai dengan harakat double ــًـ ــٍـ ــٌـ. Contohnya, خالدٌ atau زيدٍ ,dan قانتاتٍ. Maka kata-kata dalam semua contoh ini adalah Isim kerana tanwin boleh memasukinya. Tanwin secara garis besarnya terbahagi menjadi,

Pertama: Tanwin tamkin تمكين iaitu tanwin yang diikutkan kepada isim mu’rab, contoh محمدٌ.

Kedua: Tanwin Tankir تنكير yang mengikuti isim ma’rifah (yang pasti) menjadikannya nakirah (belum pasti) contoh, سيبويهِ (nama ahli nahwu).

Ketiga: Tanwin Muqabalah المقابلة yang diikutkan kepada Jamak muannas salim (jamak untuk perempuan) contohnya, قانتاتٍ disamakan dengan Nun yang ada pada Jamak Muzakkar Salim (jamak untuk lelaki) قانتون.

Keempat: Tanwin Ta’wid العِوَض (pengganti) yang diikutkan pada sebahagian kata sebagai pengganti terhadap apa yang dihapus dan dihilangkan, baik sebagai pengganti dari huruf yang dihilangkan, contohnya راعٍ جاء kata ra'in ditanwinkan sebagai pengganti huruf YA yang dihilangkan, asalnya adalah راعي. Ataukah pengganti dari kata yang dihapus, misalnya kata-kata yang terletak setelah Kullu dan Ba’du yang terhapus kata yang disandarkan padanya كلٍّ منهم asalnya adalah كل واحد منهم. Ataupun sebagai pengganti dari kalimat yang dihilangkan, contoh زرتني قبل سنتين وكنت حينئذٍ أعمل في الجامعة (dua tahun lalu, engkau menziarahiku dan pada waktu itu aku bekerja di universiti), kata Hinaizin ditanwinkan kerana mengganti kalimat yang hilang, yang asalnya adalah حينئذ زرتني.

* Dapat dimasuki dan dihubungkan dengan Alif dan Lam, ألـ pada awal kata. Setiap kata yang didahului oleh AL atau boleh menerima AL, maka kata tersebut adalah Isim. Contohnya, الكاتب = seorang penulis, المؤمن = orang mukmin, المسافر = orang yang pergi. Semua kata ini adalah Isim ditandai dengan adanya AL di awal kata.

* Dapat dimasuki oleh Jarr الجر. Baik jarr disebabkan oleh adanya huruf jarr mahupun kerana Idhafah. Contohnya, الحراس على السطحِ , kata Sathi dibaca kasrah kerana dimasuki oleh huruf jar iaitu Ála. Contoh Idhafah كتاب الطالبِ kata At Thalibi dibaca kasrah (jarr) kerana termaktub kepada buku. Huruf-huruf Jarr adalah مِن = dari (permulaan), إلي = ke, kepada, عَن = dari (lepas, meninggalkan), علي = atas, في = di, di dalam, رُبَّ = barangkali, kadang-kadang [sedikit atau banyak], الباء = dengan, الكاف = seperti [penyerupaan], اللام = untuk. Dan termasuk juga huruf-huruf sumpah حروف القسم, iaitu; الواو hanya untuk Isim Zahir,الباء untuk Isim Zahir dan Dhamir, dan التاء khusus dengan kata الله. Contohnya; واللهِ, بِاللهِِ, تَاللهِ, semuanya bermakna Demi Allah.

* Boleh dimasuki oleh Harf Nida (panggilan) contoh, يا زيدُ (Hai Zaid) dimasuki oleh Ya harf nida, contoh lain, يا عبدَاللهِ.Kata tersebut dapat diubah bentuknya menjadi bentuk Tashgir التصغير (mengecilkan) contoh, جبل (gunung) menjadi جبيل(gunung kecil), contoh lain, عصفور menjadi عُصَيْفِير.

* Kata tersebut dapat dijadikan Musanna (yang menunjukan atas dua) dan jamak. Contoh, طالبان، طلاب، طالبون، طالبات .


Tanda-tanda Fi’il

الفِعل

Fi’il secara bahasa bererti kejadian atau pekerjaan. Dan padanannya dalam bahasa Malaysia adalah kata kerja atau verbal. Sedangkan dalam istilah Nahwu, Fi’il adalah kata yang menunjukkan suatu makna tersendiri dan terikat dengan salah satu dari tiga bentuk waktu; masa lampau, masa sekarang, dan masa yang akan datang.

Contohnya كَتَبَ adalah kata yang menunjukkan makna penulisan dan terikat dengan masa yang telah lalu, يَكْتُبُ adalah kata yang menunjukkan makna penulisan dan terikat dengan masa sekarang, dan أكتُبْ juga adalah kata yang menunjukkan makna penulisan dan terikat dengan masa yang akan datang. Demikian juga contoh-contoh lain seperti نَصَرَ ينصُر انصُر = menolong, عَلِم يعلَم اعْلَمْ = mengetahui, جلَس يجلِس اجلِسْ = duduk, ضرَب يضرِب اضرِبْ = memukul, فهِم يفهَم افهَم = mengerti, memahami.

Perubahan bentuk dari setiap kata-kata dalam Bahasa Arab merupakan pembahasan Ilmu Saraf atau dalam istilah yang lebih luas Morphologi. Sedangkan dalam Ilmu Nahwu, unsur utama yang diperhatikan adalah kedudukan kata tersebut dalam struktur kalimat. Meskipun setiap kata dasar dalam bahasa Arab banyak mempunyai varian bentuk kata sesuai dengan kegunaan dan makna tersendiri, yang paling penting dalam Ilmu Nahwu adalah jenis-jenis semua kata tersebut dikelompokkan dalam tiga jenis saja, iaitu; Isim, Fi’il, dan Huruf.

Demikian juga, pembahagian fi’il dalam Ilmu Nahwu terbatas pada tiga bentuk sahaja, iaitu kata kerja yang menunjukkan kejadian di masa lalu, kata kerja masa sekarang, dan kata kerja perintah. Jenis-jenis Fi’il adalah:

> Fi’il Madhi الفعل الماضي iaitu kata kerja yang menunjukkan suatu pekerjaan atau kejadian yang berlangsung pada masa sebelum waktu penuturan. Contoh, خطب , سمِع , انْطَلَقَ , اسْتَعملَ .Tanda-tandanya dari segi erti iaitu menunjukkan suatu pekerjaan atau kejadian yang berlangsung pada masa sebelum waktu penuturan. Adapun tanda-tandanya secara lafaz iaitu:

- Pertama: dapat dimasuki oleh Lam لـ .

- Kedua: Dapat dimasuki oleh Ta Al Faíl, contoh سافرتُ سافرتَ سافرتِ .

- Ketiga: dapat dimasuki oleh Ta ta’nis sakinah, contoh, استمعتْ سافرتْ جلستْ عادتْ.Hukum Fi'il Madhi dan I'rab adalah Mabni (tidak berubah harakah akhir hurufnya) .

> Fi’il Mudhari’ الفعل المضارع iaitu kata kerja yang menunjukkan pekerjaan atau peristiwa yang terjadi pada waktu dituturkan (sekarang) atau sesudahnya (akan datang). Contohnya يَصلُحُ . Dinamakan Mudhari’ kerana menyerupai isim. Tanda-tanda Mudhari’adalah dapat dimasuki oleh sin السين dan saufa سوف . Juga dapat dimasuki oleh huruf jazm dan Nashb لم, لا الناهية, لام الأمر , إنْ , أَنْ, لَنْ. Dan kadang bentuknya Mudhari’namun berarti Madhi, apabila dimasuki oleh Lam, conohnya, لم يحضر (belum/tidak datang). Hukum I’rab fiíl Mudhari’ adalah Mu’rab (berubah harakah akhir hurufnya) selama tidak dimasuki oleh Nun Taukid نون التوكيد dan Nun Niswah نون النسوة.

> Fi’il Amar فعل الأمر iaitu kata yang menunjukkan tuntutan tercapainya pekerjaan tersebut setelah masa pengungkapan. Contohnya, seorang ayah atau kawan dan lain-lain memerintahkan kepada seseorang untuk belajar, dia mengatakan = تعلَّمْ Belajarlah, atau اقرأ bacalah, atau انْطَلِقْ pergilah. Atau اسْتَغْفِر bertaubatlah/meminta ampun. Tanda-tanda fiíl amar adalah dapat dimasuki oleh Nun Taukid نُونَ التَّوكيد adalah huruf Nun pada akhir kata yang berfungsi untuk menunjukkan kesungguhan dan ketegasan tuntutan. Nun Taukid ada dua bentuk iaitu Khafifah (ringan) dan Tsaqilah (berat). Perbezaan keduanya dari segi bentuk adalah Nun Taukid Khafifah berbaris sukun ـنْ, sedangkan Nun Taukid Tsaqilah bertasydid dan berharakat fathahـنَّ atau Ya Al Mukhatabah ياء المخاطبة adalah huruf Ya sukun di akhir kalimat sebagai kata ganti orang kedua perempuan; yang berfungsi untuk menunjukkan bahawa tuntutan ditujukan kepada perempuan. Contohnya, قُوْمي = (Kamu perempuan), Bangunlah!, dari asal katanya untuk lelaki قُمْ, dan اُكْتُبي = (Kamu perempuan), Menulislah!, dari asal kata perintahnya untuk lelaki اكتب. Kedua kata asalya yang untuk lelaki adalah Fi’il kerana menunjukkan tuntutan dan boleh menerima Ya Mukhathabah. Dan dua kata yang untuk perempuan adalah Fi’il dengan ditanda dengan masuknya Ya Mukhathabah dan menunjukkan makna tuntutan. Hukum fiíl amar dalam I’rab adalah Mabni.

= Dari semua penjelasan di atas, dapat disimpulkan tanda-tanda Fi’il yang paling utama, baik Fi'íl Madhi, Mudhari’dan Amar secara umum ketika berada dalam struktur kalimat adalah :

~Kata tersebut didahului oleh قد

~Tanda Fi’il yang kedua adalah suatu kata itu didahului Huruf Sin السينُ atau Huruf Saufa سوفَ.

~Tanda Fi’il ketiga adalah Ta Ta’nis Sakinah تاءُ التَّأنيث السَّاكنَة iaitu huruf Ta sukun yang masuk pada akhir kata. Tanda ini hanya untuk Fi’il Madhi saja dan fungsinya adalah untuk menunjukkan bahawa Isim yang terpaut dengan predikat berbentuk feminin (muannas).

~Tanda Fi’il keempat adalah suatu kata yang menunjukkan makna tuntutan dan kata tersebut boleh menerima Ya Mukhathabah ياء المخاطبة atau Nun Taukid نُونَ التَّوكيد.

No comments:

Post a Comment