Blogger templates

Friday, December 10, 2010

Habibaty Ameerah Hasna

Adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam alQuran, ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira .
"Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".(Ali Imran: 39)
" Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".(Maryam:7)
Abu Lahab adalah antara orang yang amat gembira, bahkan memerdekakan hambanya Thuwaibah ketika mendengar berita kelahiran nabi Muhammad. Menurut hadith sahih riwayat Bukhari, walaupun status Abu Lahab itu sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah Masad di dalam al Quran, akan tetapi kegembiraan beliau mendengar berita kelahiran nabi Muhammad melayakkan Abu Lahab mendapat minuman setelah mati daripada celah ibu jari dan telunjuk n
abi. Menurut riwayat daripada Abbas, Abu Lahab akan mendapat minuman tersebut setelah mati pada setiap hari Isnin, iaitu hari kelahiran nabi.
Di dalam kitab Tuhfatul Maudud karangan Ibn Qayyim, dilaporkan yang Hasan Basri mencadangkan ucapan doa tahniah kepada ibu bapa yang baru mendapat anak. Sebahagian menyatakan doa ini adalah riwayat Imam Hasan r.a. Doanya seperti berikut:
بورك لك بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده
Buurika laka bilmauhub, wa syakartal Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.
Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa)
Ibu dan bapa diajar untuk menjawab:
بارك الله لك و بارك عليك و رزقك الله مثله
Baarakallahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa rozaqakallahu mithlahu
Moga Allah memberkati kamu, dan berkatNya ke atas kamu, dan moga
Alah mengurniakan rezeki seperti ini (mendapat anak juga)

Tahniah ana ucapkan pada sahabat ana Ammena yang telah mendapat seorang cahaya mata dan menjadi seorang ibu pada 25 sya'ban 1431 bersamaan 6 August 2010 .

2 comments:

  1. btul tu..kita jgk dituntut membuat aqiqah utuk bayi yg bru dilahirkan jika kedua ibubapa si byi tuade kemampuan..

    ReplyDelete