Blogger templates

Monday, November 22, 2010

Kasih Rasulullah Terhadap Binatang

Salam alaykum .. ^_^
Sollu 'alan Nabi <3

Rasulullah suka binatang yang disebut kucing, kenapa beliau menyukainya padahal kucing itu merugikan kita? Apakah benar Rasulullah menyukai kucing? Sejauh ini ana belum mendapatkan keterangannya di dalam riwayat. Yang ada adalah bahawa Rasulullah bercerita mengenai wanita yang mengurung kucing sampai mati kelaparan, maka Allah memasukkan wanita itu ke dalam neraka.

Dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari).

Riwayat tersebut tidak menunjukkan bahawa Rasulullah menyayangi binatang kucing, tetapi akibat menyia-nyiakan binatang peliharaan seperti kucing pun akan mendapatkan azab di akhirat. Sebenarnya bukan hanya kucing, menyia-nyiakan semua binatang peliharaan seperti burung, ikan dan lain-lain juga boleh menyebabkan datangnya azab Allah.

Demikian juga hadis lain yang menunjukkan bahawa jilatan kucing tidak najis. Dari Abu Qatadah, bahawa Rasulullah bersabda tentang kucing, “Sesungguhnya (kucing itu) tidaklah najis kerana dia termasuk yang berkeliling di antara kamu. (HR. Nasai dan Abu Daud).

Bahkan diriwayatkan, bahawa Rasulullah pernah berwudhu dari air yang telah diminum oleh kucing. Dari Aisyah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk binatang yang berkeliling di antara kalian’. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah berwudhu dengan air bekas jilatan kucing.” (HR. Abu Daud).

Hadits-hadits di atas juga tidak menunjukkan Rasulullah menyayangi kucing. Rasulullah hanya menyebutkan bahawa kucing adalah binatang jinak yang banyak bergaul (berkeliling) di antara manusia.

SubhanAllah, Maha Suci Allah… Rasulullah tidak hanya mencintai keluarganya, para sahabatnya, dan semua umatnya, tetapi beliau juga mecintai binatang-binatang yang jinak dan tidak najis, kerana binatang itu juga diciptakan oleh Allah. Sungguh kemuliaan akhlak Rasulullah berlaku untuk alam semesta ini.

wAllahu'alam

nila kucing nenek yang paling manja dengan ana .
bila balik mesir , diala penyambut hati ana .. hek3

ni kucing nenek paling kecil dan paling xmesra . hanya mahu dengan nenek .
puas ana pujuk tapi xmau juge. uhuk3..

sape2 ade cadangan atau tips mcm mne
na bg hati kucing suke dgn ana ? hee~

p/s : garang tau kucing ni .. >.< ~!


No comments:

Post a Comment