“Relakan perpisahan kita ini , Iringilah pemergian daku nanti, Dengan doa yang tidak terhenti, Moga Islam terus berdiri”
p/s : sila off nasyid dibawah jika ingin menonton video ini. ^_^
Begitulah antara lirik yang terkandung dalam nasyid dendangan Kumpulan Rabbani bertajuk “Hanzalah”
Abu Hanzalah bin Ar Rabie adalah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah s.a.w yang terkenal. Beliau adalah antara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang syahid di dalam Peperangan Uhud.
Ketika meletusnya peperangan Uhud ( Tahun 2H ), Hanzalah Ibn Abi ‘Amir baru sahaja diijabkabulkan. Oleh yang demikian maka Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan.
Ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan dengan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya, beliau mendapat berita bahawa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang masa Hanzalah mendapatkan pakaian perang dan pedangnya lalu menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi wajib.
Setelah barisan kaum muslimin kucar kacir dan tidak teratur lagi, Hanzalah bertempur di tengah-tengah barisan kaum musyrikin. Ketika inilah, Hanzalah telah mendapatkan Abu Sufian bin Harb dan berjaya menjatuhkannya dari kuda. Dengan perasaan gagah berani Hanzalah cuba menyembelih Abu Sufian dengan pedang.
Namun begitu Abu Sufyan sempat menjerit meminta pertolongan daripada kaum Quraisy dan suaranya didengari oleh beberapa orang. Mendengarkan jeritan itu, Syaddad bin Al Aswad dari tentera Musyrikin telah melemparkan lembingnya ke arah Hanzalah dari belakang. Akhirnya Hanzalah telah gugur syahid dalam keadaan beliau masih lagi berjunub ( berhadas besar ).
Hanzalah telah dimandikan oleh para malaikat di antara langit dan bumi. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya “Sungguh Aku melihat Malaikat telah memandikan Hanzalah bin Amir r.a di antara langit dan bumi dengan air dengan air embun di dalam bekas yang diperbuat daripada perak”.
Para sahabat pun bersegera pergi melihat Hanzalah. Mereka mendapati titisan air mengalir di celah-celah rambut Hanzalah. Para sahabat yang ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku telah bertanya kepada Jamilah Binti Ubaiy (isteri Hanzalah). Jamilah Binti Ubaiy memberitahu bahawa Hanzalah telah keluar ke medan Uhud dalam keadaan berjunub sejurus sahaja mendengar seruan jihad.
Alangkah hebatnya Hanzalah pahlawan islam yang baru diijab kabulkan sanggup meninggalkan keseronokan dan kenikmatan dunia demi menyahut panggilan jihad. Dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana keberkesanan tarbiyah Rasulullah telah berjaya melahirkan seorang perwira seperti Hanzalah yang sanggup meninggalkan seorang isteri yang baru dinikahinya.
SubhanAllah. Islam dan Allah adalah yang pertama di dalam hati pahlawan Hanzalah. Semoga kita pun dapat mengutamakn cinta Allah dan rasulNya melebihi cinta kita terhadap ciptaanNya yang lain.
No comments:
Post a Comment