Blogger templates

Sunday, November 7, 2010

Segalanya MilikMu

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Allah .. alhamdulillah .. sidang debat pada 05/11/10 hari Jumaat bersamaan 28 zulkaedah 1431 telah pun terlaksana dan berlansung di Gombak.Sekolah ana telah mendapat tempat kedua. Sebenarnya ana baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahun pada 11/10/10 - 26/10/10. Penat juga sesekali exam ni ya. Tambah-tambah lagi apabila ia melibatkan begitu banyak subjek. Ana ini pula bukanlah seorang pelajar yang pandai. Untuk peperiksaan kali ini, ana diuji dengan 6 subjek asas dan 8 subjek aliran . Ketika menjawab soalan peperiksaan, terasa begitu ceteknya ilmu ini. Begitu banyak lagi ilmu yang belum ana kuasai. Mulalah ana terfikir,"Apa ilmu ana ada yang selama ini berpenat lelah belajar?" Huhu...Keputusannya nanti, ana hanya mampu berserah kepadaMu wahai Allah...kerana sesungguhnya, kejayaan dan kegagalan itu dalah milikNya. Kita sebagai hamba lemah hanya mampu berusaha, selebihnya diserahkan kepada Dia yang Maha Berkuasa.
Kejayaan atau kegagalan...
Itu semua adalah pemberian daripada Tuhan...
Semuanya harus disertai kesyukuran...
Tanpa rasa kekesalan...

Hamba hanya mampu berusaha...
Allah yang menentukan natijahnya...
Baik atau buruk pasti ada hikmahnya...
Harus diterima dengan redha...

Apabila hamba tidak mencapai apa yang dia inginkan...
Sangkaannya doa tidak didengari Tuhan...
Namun renungilah pesanan Allah dalam al Quran...

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran...(al Baqarah: 186)

Oleh itu wahai hamba Tuhan...
Jangan berasa sedih dan bimbang...
Yakinlah bahawa TuhanMu telah mendengari permintaan...
Setelah engkau melakukan suruhan-suruhan Tuhan...





Apa yang Dia tentukan...
Sama ada kesukaan atau kebencian...
Adalah rahmat dan kebaikan...
Maka terimalah dengan hati yang tenang...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...(al Baqarah: 216)

Jika tidak diperkenankan sekarang...
Akan dikabulkan pada masa akan datang...
Mungkin juga yang lebih baik Dia gantikan...
Yang pasti, teruskan berusaha tanpa rasa bosan...
Allah melihat usahamu dan Dia membuat perhitungan...

Allah menyukai hamba yang bertawakkal kepadaNya,
Allah mencintai hamba yang mensyukuri akan pemberianNya,
Allah mengasihi hamba yang sabar dengan setiap ujianNya.
Alangkah indah dan berertinya hidup ini,
Jika segala-galanya kerana Dia...

Wahai Allah,
Jadikanlah aku hamba yang redha,
Sebagaimana aku juga mengharapkan redha daripadaMu...
Hidup dan matiku, hanya untukMu...
Dan segala-galanya, adalah milikMu...

1 comment:

  1. "Dan orang-orang yang berjihad (berusaha) untuk (mencari keredhaan) Kami, akan benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik".

    ReplyDelete