بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)

~Suratul Fath~
(1-6)
(1-6)
******
Surah ini adalah salah satu surah yang Rasulullah sangat suka kerana surah ini mengisahkan kemenangan Islam.
Surah ini juga memberitahu akan perjanjian hudaibiyyah yang dilakukan keatas kaum Quraisy Makkah ketika bulan zulhijjah yang pada ketika itu Rasulullah memasuki Makkah untuk menunaikan haji.

T_T semoga Allah kabulkan doa cita2 dua insan ini anti T_T
ReplyDelete