Blogger templates

Saturday, June 25, 2011

Imam Hambal dan dunia


Bertahun-tahun Imam Hambali dipenjarakan kerana mempertahankan bahawa alQuran itu kalamullah bukan makhluk sebagaimana kepercayaan yang dianut oleh Khalifah-Khalifah masa itu.Beliau dimasukkan ke penjara sejak pemerintahan Khalifah alNuktashim, al Makmun,al Wathiq sehingga al Mutawakkil Billah.

Dimasa pemerintahan Khalifah al Mutawakkil Billah itulah fahaman yang mengatakan alQuran adalah makhluk dianggap sesat telah dibantras / dibanteras (asif, keliru ejaan). Dengan sendirinya Imam Hambali dibebaskan.Pembebasan beliau telah disambut dengan segala hormatnya di istana Khalifah al Mutawakkil Billah. Khalifah al Mutawakkil Billah memohon maaf pada Imam Hambali atas penahanan yang keberpanjangan oleh para pendahulunya.

Dihadapan para pegawai tinggi kerajaan, Khalifah telah menganugerahkan pakaian persalinan yang sangat bagus dan mahal kepada Imam Hambali. Bahkan Khalifah sendiri yang memakai itu ke badan Imam Hambali. Melihat penghormatan itu, Imam Hambal bukannya gembira, malah bertambah gelisah dan menangis.

" Ana telah selamat dari bahaya yang diada-adakan oleh mereka selama ini. Akan tetapi apabila ajal ana sudah hampir datang, mereka menguji ana pula dengan dunia mereka." Kata Imam Hambal di dalam majlis meraikan kebebasannya itu.

Maka sebaik saja keluar dari istana, pakaian yang dipakaikan oleh Khalifah itu ditanggalkannya. Beliau pulang ke rumahnya dengan memakai jubah buruk yang telah dipakainya bertahun-tahun itu.

Setelah itu, Khalifah menghantarkan hadiah wang sebanyak 10 000 dirham kepada Imam Hambal untuk keperluan belanja harian. Pada sebelah malamnya, Imam Hambal tidak nyenyak tidur kerana wang itu.

" Ana diuji lagi dengan dunia oleh mereka. " Kata Imam Hambal.

Maka pada sebelah paginya, wang itu dibahagi-dibahagikan kepada fakir miskin dan orang yang memerlukannya sehingga habis. Takde sesen pun tinggal.

______________________________
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."
('Ankabuut : 64)

Moga kita tidak tertipu dengan dunia. amiin T_T

"Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya."
('Ankabuut : 43 )
Moga bermanfaat.


Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda :
"Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir."
(Muslim)

No comments:

Post a Comment