" Wahai, Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, tidak kepada perempuan." Kata ketua rombongan itu.
"Buktinya ?? " tanya Rabi'atul Adawiyah.
"Enti tahu sendiri. Mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada lelaki. Mahkota kebangsawan juga ada pada lelaki. Yang paling penting , tidak ada orang perempuan yang diangkat menjadi Nabi atau Rasul tapi semuanya dari golongan lelaki. " Kata mereka pula.
" Memang betul kata-kata tuan-tuan tu tapi perlu diingat bahawa sejahat-jahat pangkat yang ada pada kaum lelaki. Siapa yang paling mengagung-agungkan diri sendiri ?Siapa yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan ? Dan siapa pula yang berkata , "Bukankah aku ini tuhanmu yang mulia ?? " Kata Rabi'atul Adawiyah sambil merujuk pada fir'aun dan namruz.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah pun berkata lagi.
"Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang perempuan. Semuanya ditimpakan pada kaum lelaki."
_________________________
"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. "
( Nahl : 23 )
(Hajj : 67)
"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. "
( Nahl : 23 )
Walau ada sebesar mana pun pangkat kita, 'ilmu kita , janganlah sombong. Kadang-kadang kita hanya nampak kita sahaja yang mempunyai "master" padahal ada lagi yang telah memiliki "PHD".Kadang -kadang kita hanya nampak dan belajar satu fakta sahaja tapi kita terlepas pandang bahawa ada lagi fakta lain yang tidak kita ketahui dan pelajari. Maka oleh itu , berlapang dada lah dan terima 'ilmu yang Allah bagi free. Terima seadanya bahawa kita masih lagi berada di tahap yang bawah. Tak salah seorang muslim tu merendah diri.
"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus."(Hajj : 67)
Nabi saw pernah bersabda bahawa ," Tidak akan masuk syurga diri seseorang itu jika dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan. Jadi seorang sahabat bertanya, apakah dengan memakai pekaian cantik dan selipar yang elok itu dikira sombong? Maka Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
( Bukhari wa Muslim)
( Bukhari wa Muslim)
No comments:
Post a Comment