Blogger templates

Sunday, November 28, 2010

Cinta Sejati

Relakan perpisahan kita ini , Iringilah pemergian daku nanti, Dengan doa yang tidak terhenti, Moga Islam terus berdiri”


p/s : sila off nasyid dibawah jika ingin menonton video ini. ^_^


B
egitulah antara lirik yang terkandung dalam nasyid dendangan Kumpulan Rabbani bertajuk
“Hanzalah”


Abu Hanzalah bin Ar Rabie adalah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah s.a.w yang terkenal. Beliau adalah antara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang syahid di dalam Peperangan Uhud.
Ketika meletusnya peperangan Uhud ( Tahun 2H ), Hanzalah Ibn Abi ‘Amir baru sahaja diijabkabulkan. Oleh yang demikian maka Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan.
Ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan dengan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya, beliau mendapat berita bahawa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang masa Hanzalah mendapatkan pakaian perang dan pedangnya lalu menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi wajib.
Setelah barisan kaum muslimin kucar kacir dan tidak teratur lagi, Hanzalah bertempur di tengah-tengah barisan kaum musyrikin. Ketika inilah, Hanzalah telah mendapatkan Abu Sufian bin Harb dan berjaya menjatuhkannya dari kuda. Dengan perasaan gagah berani Hanzalah cuba menyembelih Abu Sufian dengan pedang.
Namun begitu Abu Sufyan sempat menjerit meminta pertolongan daripada kaum Quraisy dan suaranya didengari oleh beberapa orang. Mendengarkan jeritan itu, Syaddad bin Al Aswad dari tentera Musyrikin telah melemparkan lembingnya ke arah Hanzalah dari belakang. Akhirnya Hanzalah telah gugur syahid dalam keadaan beliau masih lagi berjunub ( berhadas besar ).
Hanzalah telah dimandikan oleh para malaikat di antara langit dan bumi. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya “Sungguh Aku melihat Malaikat telah memandikan Hanzalah bin Amir r.a di antara langit dan bumi dengan air dengan air embun di dalam bekas yang diperbuat daripada perak”.
Para sahabat pun bersegera pergi melihat Hanzalah. Mereka mendapati titisan air mengalir di celah-celah rambut Hanzalah. Para sahabat yang ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku telah bertanya kepada Jamilah Binti Ubaiy (isteri Hanzalah). Jamilah Binti Ubaiy memberitahu bahawa Hanzalah telah keluar ke medan Uhud dalam keadaan berjunub sejurus sahaja mendengar seruan jihad.
Alangkah hebatnya Hanzalah pahlawan islam yang baru diijab kabulkan sanggup meninggalkan keseronokan dan kenikmatan dunia demi menyahut panggilan jihad. Dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana keberkesanan tarbiyah Rasulullah telah berjaya melahirkan seorang perwira seperti Hanzalah yang sanggup meninggalkan seorang isteri yang baru dinikahinya.

SubhanAllah. Islam dan Allah adalah yang pertama di dalam hati pahlawan Hanzalah. Semoga kita pun dapat mengutamakn cinta Allah dan rasulNya melebihi cinta kita terhadap ciptaanNya yang lain.

Tuesday, November 23, 2010

Pengaruh Kucing


Dalam buku yang berjudul Cats of Cairo, Baybars al Zahir, seorang sultan dari dinasti mamluk yang terkenal tegas dan berani, ternyata sangat menyayangi kucing. Bahkan al zahir sengaja membangun taman-taman khusus bagi kucing dan menyediakan berbagai jenis makanan didalamnya. Tradisi ini akhirnya menjadi adat istiadat di berbagai kota-kota besar negara islam. Hingga saat ini, mulai dari Damaskus, Istanbul, hingga Cairo, kita akan masih lagi menjumpai kucing-kucing yang berkeliaran di masjid dengan berbagai macam makanan yang disediakan oleh penduduk setempat.

Pengaruh Kucing dalam Seni Islam.

Pada abad 13, sebagai manifestasi penghargaan masyarakat islam, rupa kucing dijadikan sebagai ukiran cincin para khalifah, termasuk porselen, patung hingga mata wang. Bahkan didunia sastera, para penyair tidak ragu untuk membuat syair bagi kucing peliharaannya yang telah berjasa melindungi buku-buku mereka dari gigitan tikus dan serangga lainnya.

Kucing yang memberi inspirasi bagi para sufi.


Seorang Sufi ternama bernama Ibnu Bashad yang hidup pada abad ke- 10 bercerita, suatu hari dia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota Cairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu datang lagi, setelah memberinya potongan yang kedua, Ibnu Bashad diam-diam mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya dia sampai disebuah atap rumah usang, dan didapatinya kucing tadi sedang membahgikan sepotong daging yang diberikan Ibnu Bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya , hingga dia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.

Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, ia bermimpi dosa-dosanya diampun setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya. Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahawa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan zikir kalimah Allah.

Adakah manfaat kucing bagi dunia ilmu pengetahuan?

Salah satu kitab terkenal yang ditulis oleh cendekiwan muslim tempo dulu adalah kitab Hayat al Hayaawan yang telah menjadi inspirasi bagi perkembangan dunia zoologi saat ini, Salah satu isinya mengenai ilmu medik, banyak para doktor muslim tempo dulu yang menjadikan kucing sebagai terapi medik untuk penyembuhan tulang, melalui dengkuran suaranya yang setara dengan gelombang sebesar 50 hits. Dengkuran tersebut menjadi frekuensi optimal dalam menstimulasi pemulihan tulang.


wAllahu'alam ^_^


RUMAH PENENANG HATI


”Islam itu bersih, maka jagalah kebersihan dirimu, sesungguhnya yang akan masuk syurga hanyalah orang-orang yang bersih.” (HR. Baihaqi)

”Sesungguhnya Allah SWT itu baik, menyukai hal-hal yang baik. Dia Maha Bersih, menyukai kebersihan. Dia Maha Mulia, menyukai kemuliaan dan Dia Maha Pemurah, menyukai kedermawanan. Kerana itu, bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Tirmizi).

RUMAH adalah tempat perlindungan dan tempat beristirehat. Pasti setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di dalam rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah S.A.W bersabda;“Empat unsur yang membawa kebahagian, iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati”.

Manakala, dalam suratul Nahl : 80, Allah S.W.T. berfirman; “Allah menjadikan untuk kamu rumah kamu sebagai tempat yang menenangkan”.

Oleh itu , jagalah kebersihan rumah agar kita berasa tenang didalamnya .. ^_^

wAllahu'alam ..

Gambar di rumah nenek ana .

place : Nasr City , Cairo , Egypt . :D


~ pemandangan rumah nenek dari jauh ~
uhuk2 :)


Welcome to Cairo .~!
ini la pemandangan dari atas rumah. selamat menikmati .
banyakkan tengok pokok hijau ..

inilah ruang tamu keluarga umah nenek
ni pula , ruang untuk ana dengan sepupu perempuan bergurau senda.

boys ~ ! no entry ! :)

ini dapur tingkat atas .
memudahkan cucu-cucu nenek yg permpuan .
awalnye cantik , bersih ..
tetapi setelah diguna pakai ,, uhuu
agak tak kemas ..


ini la masakan yg dibuat pada dapur diatas .
xseberapa tpi bersepah dapur tu ..
mane tak nye , 5 org skali msuk dapur .
semua na tunjuk pandai masak ..

(termasuk la ana skali) =_=!

laluan ke bilik ana ..
ni pun na tunjuk ..
=_='



na tau ni bilik sape ? ni bilik walid wa umi .
cantik dan kemas kan . jeles sungguh ~!
ni bilik ana dengan sepupu .
kami share bilik .

cantik kan . cume tak kemas ..
akibat kejelesan yang teramat sgt kat bilik yg kat ats tu ..

ana dengan sepupu bercadang mengubah suai bilik ni ..

walaupun bru sampai ..



ini la hasilnye bile kerjasama ana dengan sepupu mengubahsuai .
p/s: lampu tu lampu bilik nenek .
nenek ckp xmo pakai sbb nenek tak gune ..

da jdi rezeki ana dpt lampu bilik free ..

syukran nenek ~!

Monday, November 22, 2010

Kasih Rasulullah Terhadap Binatang

Salam alaykum .. ^_^
Sollu 'alan Nabi <3

Rasulullah suka binatang yang disebut kucing, kenapa beliau menyukainya padahal kucing itu merugikan kita? Apakah benar Rasulullah menyukai kucing? Sejauh ini ana belum mendapatkan keterangannya di dalam riwayat. Yang ada adalah bahawa Rasulullah bercerita mengenai wanita yang mengurung kucing sampai mati kelaparan, maka Allah memasukkan wanita itu ke dalam neraka.

Dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari).

Riwayat tersebut tidak menunjukkan bahawa Rasulullah menyayangi binatang kucing, tetapi akibat menyia-nyiakan binatang peliharaan seperti kucing pun akan mendapatkan azab di akhirat. Sebenarnya bukan hanya kucing, menyia-nyiakan semua binatang peliharaan seperti burung, ikan dan lain-lain juga boleh menyebabkan datangnya azab Allah.

Demikian juga hadis lain yang menunjukkan bahawa jilatan kucing tidak najis. Dari Abu Qatadah, bahawa Rasulullah bersabda tentang kucing, “Sesungguhnya (kucing itu) tidaklah najis kerana dia termasuk yang berkeliling di antara kamu. (HR. Nasai dan Abu Daud).

Bahkan diriwayatkan, bahawa Rasulullah pernah berwudhu dari air yang telah diminum oleh kucing. Dari Aisyah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk binatang yang berkeliling di antara kalian’. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah berwudhu dengan air bekas jilatan kucing.” (HR. Abu Daud).

Hadits-hadits di atas juga tidak menunjukkan Rasulullah menyayangi kucing. Rasulullah hanya menyebutkan bahawa kucing adalah binatang jinak yang banyak bergaul (berkeliling) di antara manusia.

SubhanAllah, Maha Suci Allah… Rasulullah tidak hanya mencintai keluarganya, para sahabatnya, dan semua umatnya, tetapi beliau juga mecintai binatang-binatang yang jinak dan tidak najis, kerana binatang itu juga diciptakan oleh Allah. Sungguh kemuliaan akhlak Rasulullah berlaku untuk alam semesta ini.

wAllahu'alam

nila kucing nenek yang paling manja dengan ana .
bila balik mesir , diala penyambut hati ana .. hek3

ni kucing nenek paling kecil dan paling xmesra . hanya mahu dengan nenek .
puas ana pujuk tapi xmau juge. uhuk3..

sape2 ade cadangan atau tips mcm mne
na bg hati kucing suke dgn ana ? hee~

p/s : garang tau kucing ni .. >.< ~!


Monday, November 8, 2010

Tips For Improving Your Relationship With The Quran


Translation In English Language
Are you one of those people who rarely touches the Quran? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Quran.

1. Before you touch it, check your heart

The key to really benefiting from the Quran is to check your heart first, before you even touch Allah’s book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) was described by his wife as a “walking Quran”: in other words, he didn’t just read and recite the Quran, he lived it.

2. Do your Wudu' (ablution)

Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.

3. Read only 5 minutes everyday

Too often, we think we should read Quran for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become ten, then half an hour, then an hour, and maybe even more!

4. Make sure you understand what you’ve read

Five minutes of reading the Quran in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Quran in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day .

5. Remember, the Quran is more interactive than a CD

In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Quran is not like that. Remember that when you read Quran, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.

6. Don’t just read, listen too

There are now many audio cassettes and CDs of the Quran, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Quran reading, not as a replacement for it.

7. Make Dua (supplication)

Ask Allah to guide you when you read the Quran. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.

Translation In Malaysian Language (Bahasa)

Tip-tip untuk Memperdalam Hubungan Anda dengan AlQuran

Apakah anda salah satu dari orang-orang yang jarang sekali memegang AlQuran? Atau apakah anda membacanya setiap hari, tetapi tidak berpengaruh bagi anda seperti selayaknya? Apa pun masalah yang mungkin terjadi, berikut beberapa tip mudah yang akan membantu anda untuk berhubungan dengan AlQuran:

1. Sebelum menyentuhnya, periksalah hati anda
Kunci agar benar-benar mendapatkan keuntungan dari AlQuran adalah periksalah hati anda terlebih dahulu, sebelum anda menyentuh AlQuran. Tanyakan sejujurnya pada diri anda, mengapa anda membacanya. Apakah hanya sekadar untuk mendapatkan informasi dan kemudian meninggalkannya dari diri anda begitu saja sesudahnya? Ingatlah bahawa Nabi Muhammad (Kedamaian dan anugerah selalu tercurah pada beliau) yang dijelaskan oleh isteri beliau sebagai “Al-Quran berjalan”. Dengan kata lain, Beliau tidak hanya membaca dan memperindah bacaan Al-Quran, tetapi Beliau hidup di dalamnya.

2. Berwudhu
Berwudhu adalah persiapan bagi fizik dan mental yang baik untuk mengingatkan anda bahawa anda tidak hanya sekadar membaca buku seperti membaca buku lainnya. Lebih kepada anda hendak berinteraksi dengan Tuhan, sehingga menjadi bersih harus dipraktikkan saat berkomunikasi denganNya.

3. Baca hanya 5 minit setiap harinya
Selalu kita berfikir bahawa kita harus membaca AlQuran setidaknya 1 jam. Jika bukan merupakan kebiasaan anda untuk membacanya setiap hari, maka hal tersebut akan sangat sulit. Mulalah terlebih dahulu dengan hanya 5 minit setiap hari. Jika kamu melakukan langkah pertama, InsyaAllah (dengan izin Allah), anda akan merasakan bahawa 5 minit tersebut akan menjadi 10 minit, kemudian menjadi setengah jam, kemudian 1 jam, dan bahkan mungkin lebih!

4. Pastikan bahwa kamu memahami apa yang kamu baca
5 minit dalam membaca AlQuran dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi anda perlu memahami apa yang anda baca tersebut. Pastikan bahwa anda memiliki terjemahan AlQuran yang baik dalam bahasa yang anda sangat fahami. Selalu berusaha untuk membaca terjemahan apa yang anda baca setiap harinya tersebut.

5. Ingat, AlQuran adalah lebih interaktif dibanding sebuah CD.
Di dalam sebuah CD Rom interaktif dan program komputer, beberapa orang berfikir bahawa buku-buku adalah lebih pasif dan membosankan. Tetapi tidak halnya demikian dengan AlQuran. Ingatlah saat anda membaca AlQuran, anda sedang berinteraksi dengan Allah. Allah sedang berbicara dengan anda, maka semaklah.

6. Jangan hanya membaca, tetapi dengarkan juga
Saat ini banyak sekali terdapat kaset-kaset audio dan CD AlQuran, beberapa diantaranya bahkan dengan terjemahan yang sangat baik. Kaset dan CD ini sangat baik dimasukkan di dalam walkman atau pun CD atau stereo kereta anda sepanjang mengemudi ke dan dan dari ke pejabat. Gunakan ini sebagai tambahan untuk bacaan AlQuran anda tiap hari, bukan sebagai pengganti.

7. Berdoalah
Mintalah kepada Allah untuk menuntun anda ketika membaca AlQuran. Tujuan anda adalah khususnya untuk mencintai Allah, berinteraksi denganNya dengan membaca, memahami dan mengaplikasikan firman-firmanNya. Berdoalah kepada Allah untuk pertolongan dan tuntunanNya, dan menjadikannya alat terbaik dalam melakukan (membaca)nya.

Sunday, November 7, 2010

Segalanya MilikMu

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Allah .. alhamdulillah .. sidang debat pada 05/11/10 hari Jumaat bersamaan 28 zulkaedah 1431 telah pun terlaksana dan berlansung di Gombak.Sekolah ana telah mendapat tempat kedua. Sebenarnya ana baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahun pada 11/10/10 - 26/10/10. Penat juga sesekali exam ni ya. Tambah-tambah lagi apabila ia melibatkan begitu banyak subjek. Ana ini pula bukanlah seorang pelajar yang pandai. Untuk peperiksaan kali ini, ana diuji dengan 6 subjek asas dan 8 subjek aliran . Ketika menjawab soalan peperiksaan, terasa begitu ceteknya ilmu ini. Begitu banyak lagi ilmu yang belum ana kuasai. Mulalah ana terfikir,"Apa ilmu ana ada yang selama ini berpenat lelah belajar?" Huhu...Keputusannya nanti, ana hanya mampu berserah kepadaMu wahai Allah...kerana sesungguhnya, kejayaan dan kegagalan itu dalah milikNya. Kita sebagai hamba lemah hanya mampu berusaha, selebihnya diserahkan kepada Dia yang Maha Berkuasa.
Kejayaan atau kegagalan...
Itu semua adalah pemberian daripada Tuhan...
Semuanya harus disertai kesyukuran...
Tanpa rasa kekesalan...

Hamba hanya mampu berusaha...
Allah yang menentukan natijahnya...
Baik atau buruk pasti ada hikmahnya...
Harus diterima dengan redha...

Apabila hamba tidak mencapai apa yang dia inginkan...
Sangkaannya doa tidak didengari Tuhan...
Namun renungilah pesanan Allah dalam al Quran...

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran...(al Baqarah: 186)

Oleh itu wahai hamba Tuhan...
Jangan berasa sedih dan bimbang...
Yakinlah bahawa TuhanMu telah mendengari permintaan...
Setelah engkau melakukan suruhan-suruhan Tuhan...





Apa yang Dia tentukan...
Sama ada kesukaan atau kebencian...
Adalah rahmat dan kebaikan...
Maka terimalah dengan hati yang tenang...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...(al Baqarah: 216)

Jika tidak diperkenankan sekarang...
Akan dikabulkan pada masa akan datang...
Mungkin juga yang lebih baik Dia gantikan...
Yang pasti, teruskan berusaha tanpa rasa bosan...
Allah melihat usahamu dan Dia membuat perhitungan...

Allah menyukai hamba yang bertawakkal kepadaNya,
Allah mencintai hamba yang mensyukuri akan pemberianNya,
Allah mengasihi hamba yang sabar dengan setiap ujianNya.
Alangkah indah dan berertinya hidup ini,
Jika segala-galanya kerana Dia...

Wahai Allah,
Jadikanlah aku hamba yang redha,
Sebagaimana aku juga mengharapkan redha daripadaMu...
Hidup dan matiku, hanya untukMu...
Dan segala-galanya, adalah milikMu...