Blogger templates

Wednesday, August 24, 2011

Biskut yang sangat cantik =)

Bismillah ar Rahman ar Rahim
" Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik... "
( Maidah : 4 )

Petang ni ana buat biskut bangkit. Alhamdulillah, biskut bangkit ni dapat disiapkan dengan penuh kecantikan dan sangat sedap.


Location : dapur umah.





Tuesday, August 23, 2011

Biskut yang sangat comel =)

Bismillah ar Rahman ar Rahim
" Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu ... "
( Taha : 81)

Petang tadi buat biskut almond london. Alhamdulillah, biskut dapat disiapkan dengan baik dan sedap.

Location : dapur umah. =)




satu da siap, tinggal lagi satu

ana yg letak coklat dan hias biskut ni .

akhirnya jadi la mcm ni.
comelnye...

Wednesday, August 17, 2011

Macam-macam T_T

Bismillah ar Rahman ar Rahim


"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."
(Insan : 30 )

***

Sebuah cerita pada zaman dahulu,sebelum Rasulullah berhijrah ke Yastrib (Madinah) dua pihak (kabilah) Arab iaitu Aus dan Khazraj saling bermusuh-musuhan sehingga berlaku perang Bu’ath.Apabila dakwah Rasulullah diterima, Rasulullah telah menyatukan mereka sebagai satu saudara seolah-olah satu keluarga yang tidak mempunyai rasa dendam mengenai sejarah permusuhan dan peperangan.Kemudian datang pula kaum penghijrah (Muhajirin) dari Makkah bersama Rasulullah.Nabi agung telah mempersaudarakan pula muslim Madinah (Aus+Khazraj=Ansar) dengan Muhajirin.Jika dibacakan ayat alQuran (bermaksud): "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara", itulah sebaik-baik contoh.



Tidak lama datanglah ujian mengenai ketahanan persaudaraan itu.Kumpulan Yahudi di Madinah yang terpinggir dengan pemerintahan Islam telah cuba membuka sejarah hitam antara Aus dan Khazraj. Keutuhan 'saudara' dalam Islam mula pecah, lalu pemuda-pemudanya bertengkar-tengkar mengungkit sejarah silam yang dikatakan belum beres. Kerugian-kerugian silam dibacakan untuk membangkit semangat melawan sehingga antara kedua-duanya cukup bersedia pula hendak berlawan senjata menumpahkan darah! Ingat, waktu itu Aus dan Khazraj masih muslim, masih mentauhidkan Allah dan menjadi anggota Madinah yang dipimpin Rasulullah.


***


Berdasarkan dari cerita ni, ternampaklah pula realiti pada negara yang sedang ana duduki ni. Nauzubillah T.T. Kata seseorang, " macam-macam ". Bila difikir,dilhat,didengar,dihidu, diselidik,diteliti hampir semua yang terjadi permusuhan ini disebabkan 'fikrah politik ' , ' fikrah manhaj ' , 'fikrah jemaah ' dan lain2 fikrah yang entah ape2.


Jika antum mahu tahu dan telah tahu, Rasulullah saw berpolitik menggunakan da'wah dan politik Rasulullah menggunakan 100% syariat Islam dan takde satu pun 'syariat' dari kaum kafir. Jadi antum boleh beza sendiri kan politik Rasulullah dengan politik sekarang ? Dan fikirkan juga, jika Rasulullah masih hidup, na ke Rasulullah 'join' politik yang haram ni ? Dan antum pula telah men 'join' politik kotor + haram. nauzubillah. Muhasabah insyaAllah . =)


Rasulullah berda'wah mahupun berperang, beliau akan mengibarkan panji kalimah syahadah.
Ini panji Rasulullah.


Cuba antum lihat, berapa ramai orang yang perjuangkan Islam, mengibarkan panji ni ?
Berapa ramai jemaah yang mengangkat panji ni ?
Benarkah mereka memperjuangkan Islam yang Rasulullah tunjukkan ?
Jangan tertipu.
Muhasabah lagi. =)

Ana masukkan satu hadith yang entah beribu tahun , beribu kali disebarkan, diingatkan daripada Rasulullah saw , "Barangsiapa yang melakukan perbuatan yang bukan dari ajaranku (Islam) maka ia TERTOLAK."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nampak kan? Tertolak. Tak kiralah antum memperjuangkan Islam yang mengeluarkan beribu duit yang dihabiskan, berjuta keluarga yang dikorbankan, jika ia tidak ada dalam ajaran Islam, ianya TERTOLAK. Sia-sia saja bukan. Maka tinggalkan perkara sia-sia.

Rasulullah juga ada berkata , "Alangkah rugi dan celakanya orang-orang yang membaca ini dan tidak memikir dan merenungkan kandungan ertinya. "

(Rujuk surah Ali Imran ayat 190-191 dan kalau lah rajin, baca tafsir surah Ali Imran dengan penuh rasa keinsafan)


Jangan jadi orang yang celaka. Kerajaan langit dan bumi mendoakan kecelakaan antum. Nauzubillah. Tinggalkan politik haram, jemaah yang rosak,manhaj yang terpesong dan berjihadlah menegakkan agama Allah mengikut sistem yang Allah da aturkan, sistem yang Rasulullah da tunjukkan.


Minta maaf bagi yang terasa. Bukan ana punya statement tapi statement Rasulullah yang Allah suruh sampaikan. Jika antum marah, ana minta maaf banyak-banyak, mengadu lah pada Allah nape Allah suruh Rasulullah sampaikan. ;)

"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".

( Zukhruf : 64)

Nasihat : Ummat Islam perlu beriman dengan ALLAH dan RASULULLAH bukan dari kalangan orang-orang yang tidak terlepas berbuat dosa mahupun orang-orang yang tinggi 'ilmunya. ;)



Wednesday, August 10, 2011

Jagalah Ukhuwah =)

Bismillah ar Rahman ar Rahim
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
( Hujuraat : 11-13 )

Dalam suratul Hujuraat ayat 11-13 , Allah menegaskan kepada ummat Islam umumnya supaya menjaga ukhuwah.

Ukhuwah bermaksud saudara yang diambil dari suratul Hujuraat ayat 10. Namun, ada sesetengah manusia tidak pandai berukhuwah, tidak pandai menjaga ukhuwah. Padahal menjaga ukhuwah itu sangat penting dalam Islam. Runtuhnya ukhuwah adalah salah satu punca besar jatuhnya Islam. Jika ukhuwah kuat, Islam pasti terjaga dengan rapinya.

Namun pada akhir zaman ini, tak kiralah orang beragama tinggi mahupun yang masih jahil , ukhuwah mereka sangatlah lemah. Masing-masing sibuk dengan kebanggaan diri mereka,masing-masing sibuk dengan kepandaian mereka ,masing-masing sibuk dengan jemaah mereka yang kononya ingin menegakkan Islam, ingin menjulang Islam. Tidak kurangnya golongan beragama sendiri caci mencaci dengan ukhuwahnya. Allah, yang paling tidak baiknya, dia mengajar pula kepada pengikut-pengikutnya ikut turut mencaci. Nauzubillah T_T

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. "
( Ali Imran : 3)

Teringat satu peristiwa ukhuwah yang sangat kuat, sangat romantik, sangat sayang-menyanyangi, sangat saling menjaga antara satu sama lain yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

***
Kisah ini terjadi dizaman para sahabat Rasulullah saw. Pada mulanya Ibnu Umar menghadiahkan kepala kambing kepada salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sahabat tersebut sangat gembira kerana membayangkan betapa sedapnya lauk tersebut. Akan tetapi apabila memakannya, tiba-tiba dia teringat kepada salah seorang temannya dan berkata : " Saudaraku lebih berhajat pada kepala kambing ini. "

Lalu dia menghadiahkan kepala kambing itu kepada temannya yang dimaksudkan. Teman ini pun sangat gembira. Ketika membayangkan betapa sedapnya lauk pemberian temannya, tiba-tiba dia ingat kepada temannya yang lain lagi.

" Saudaraku lebih berhajat kepada kepala kambing ini daripadaku. "

Lalu dia menghantarkan kepala kambing itu kepada kawannya yang lain. Begitulah kepala kambing itu pindah dari tangan ke tangan. Setiap kali sampai kepada orang yang diberi hadiah , maka orang ini menghadiahkan pula kepada saudaranya yang diagak lebih memerlukan daripada dirinya. Orang ketujuh yang mendapat kepala kambing itu berkata dalam hatinya : " Ibnu Umar lebih berhajat kepala kambing ini daripadaku. "

Dia lalu menghantarkannya kepada anak Ibnu Umar . Alangkah terkejutnya Ibnu Umar kepala kambing tersebut sampai kepadanya lagi.

***
Moga kisah ini dijadikan contoh pada ummat Islam. =)


"Jika ukhuwah itu indah, suburkanlah ia dengan nilai kasih sayang Allah. "