Blogger templates

Saturday, November 19, 2011

Dia Hina Saya, Saya Hina Dia Balik.

Bismillah ar Rahman ar Rahim

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. "
(Hujurat : 11)


Abu Hurairah ra berkata dari Rasulullah saw bersabda :
" Janganlah kamu dengki-mendengki,jangan tipu-menipu,jangan benci-membenci,jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi,tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan .tidak boleh membohonginya dan menghinanya sesama Islam. Taqwa itu disini,kata Rasulullah sambl menunjukkan kedadanya sebanyak tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah,harta dan kehormatannya. "
(Muslim)


Kadang-kadang dalam berdakwah dan dalam bertukar pendapat pasti ada pertelingkahan disitu dan juga sepastinya kita akan mengalami situasi dihina, dikutuk dan sebagainya. Oleh itu,kita haruslah sentiasa bersabar dan berdoa agar ditenangkan hati dalam apa jua keadaan dan bukannya menghebahkan-hebahkannya.
Sepanjang ana berFaceBook,berBlog dan lain-lain, ada juga terkadang ana melihat para pendakwah dihina oleh orang lain, lalu dia mengpost dalam laman sosialnya itu untuk menwar-warkan bahawa dia dihina. Ada yang lebih teruk, siap membuat satu video lalu mengpostkan video tu kedalam laman sosialnya dan laman besar seperti YouTube untuk di 'kongsikan' bersama yang lain. Yang lebih menghinakan, dia menghina kembali orang yang menghinanya. Yang lebih terkutuk, dia menggunakan 'statusnya' yang mungkin 'alim' + 'popular' untuk mendapat sokongan dari orang ramai. Nauzubillah. Sebetulnya, perbuatan semua itu BUKANLAH dari AJARAN ISLAM. Islam mengajar kita supaya bersabar dan berdoa. Dan pastinya, seorang pendakwah sikapnya bukanlah sebegitu rupa. Jika ada sikap seorang pendakwah seumpama dengan keburukan itu, bertaubatlah kerana amalnya TIDAK akan DITERIMA oleh Allah. Contohi Rasulullah kerana sepanjang baginda berdakwah baginda TIDAK PERNAH menghina sesiapa yang ada dizamannya.


*****
Suatu hari, al Jundi masuk ke suatu bilik mandi awam dengan hanya memakai kain mandi. Kebetulan disitu ada seorang lelaki hitam yang sedang menunduk-nunduk membasuh sesuatu. Tanpa berfikir panjang, al Jundi lalu mendesak orang hitam itu dengan kasar. Tidak cukup dengan itu, al Jundi merampas pula gayung yang dipegang oleh orang hitam itu dan menyuruhkan untuk mencedokkan air untuknya.

"Hai orang hitam! Tolong tuangkan air ke atas badan saya." Suruh al Jundi kepada orang hitam yang tidak dipastikannya itu.

Orang hitam itu tidak membantah, malah dengan suka hati dia mencedok air dan dituangkannnya ke badan al Jundi berulang kali. Maka berseronoklah al Jundi sebab ada yang memandikannya, macam budak-budak kecik.

Lalu, datang seorang lagi ke tempat mandi awam itu. Dia mengenali kedua-dua orang yang terlebih dahulu yang berada didalam tempat mandi itu. Apabila orang itu terlihat apa yang berlaku sebenarnya diantara mereka, orang yang baru datang itu menjerit kepada al Jundi serta merta :

" Wahai al Jundi! celakalah engkau! Mengapa engkau memperhadamkan anak Fatimah bnti Rasulullah?" Jerit orang itu

" Haaah... ? " al Jundi terkejut

Apabila dia berpaling, ternyata orang hitam yang diperlakukannya dengan gelojoh sejak tadi itu adalah Ali Redha al Kadhim b Ja'far Sadiq yang berketurunan Rasulullah saw.
Lalu al Jundi segera meminta maaf sambil mencium kaki Ali Redha sambil mengatakan tentang penyesalannya.



"Maafkan saya, jangan kutuk saya. Saya terlalu gelojoh kerana menyuruh tuan menuangkan air ke badan saya." kata al Jundi dengan sesal

Ali Redha sebagai cucu Rasulullah saw dan ulama' yang bersih hatinya sedikitpun beliau tidak marah terhadap perlakuan al Jundi itu.


"Mengapa engkau mesti bersedih?Aku tak menganggap kamu salah, kerana apa yang kamu lakukan itu mendatangkan pahala buatku." Kata Ali Redha

Bagi menghiburkan hati al Jundi, Ali Redha bersyair ;

Aku tidak menganggap dosa
dan tidak berdosa
orang yang memanggilku
"Wahai orang hitam" atau "Wahai si hamba! "
Yang berdosa adalah orang yang menganiaya diriku kerana perbuatan itu tidak terpuji.

*****


Subhanallah. Beliau merupakan ahlul bayt Rasulullah yang dihina namun beliau merasa tenang dan tidak BERMEGAH dengan status beliau. Moga dapat dicontohi.


""Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
(Hujurat:18)

P/s : Peace not Fight. ^^

No comments:

Post a Comment