Blogger templates

Saturday, January 8, 2011

Tundukkan Pandangan Anda ~! ^_^

Dalam membicarakan tentang hal zina , ramai dikalangan kaum adam menyalahi kaum hawa . Patutkah begitu ?

Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah anNur,

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Ayat seterusnya ya'ni ayat 31 surah yang sama meritahkan pula kepada kaum wanita,

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; "

Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan. Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat. Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya. Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan. Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.

Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan. Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang.

Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah. Lagi pula, seperkara yang kita perlu sedari mata kita bukan milik kita. Pinjaman sahaja dari Allah. Ibarat kita meminjam barang orang. Bolehkah kita menggunanya sesuka hati kita?. Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih. Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah. Itu tanda terima kasih kita sebagai peminjam. Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut. Sama ada di dunia lagi seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat berpindah ke alam barzakh.

Pintu masuk kepada 'kawah api' zina ini bermula dari pandangan. Dari mata jatuh ke hati. Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi pandangan pada tempat yang diharamkan. Haram bererti ‘penyakit’ atau dosa. Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia adalah simpton bahawa hati kita sedang sakit. Keseronokan syahwat bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala. Bala pertama ialah hilang ketenangan jiwa. Hati yang sihat secara automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina. Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’. Sebaliknya merasa benci, loya atau mual. Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu (lebih kurang beginilah bunyinya),

" Perempuan yang keluar tidak menutup aurat dan berhias-hias tidak menurut syarak hakikatnya iblis."

Jangan salah sangka pula. Kata-kata di atas hanya perumpamaan Tuan Guru yang bersifat 'mursyid' dan 'murabbi' agar kita tidak merasa seronok melihat perkara yang diharamkan. Bayangkan disebalik wajah dan bodi yang tidak menutup aurat itu, iblis sedang menjelirkan lidahnya menyorak kebodohan kita mengenepikan larangan Allah. Manusia hanya alat iblis untuk melalaikan kita dari mengingati Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

Allah yang mencipta kita mengetahui dan sangat memahami kegemaran kita. Justeru Dia menjanjikan nikmat atau kelazatan yang jauh lebih bagus ! firman Allah dalam suratul Naa'ziaat ayat 40 dan 41,

" Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya. "

Di syurga itu ada bidadari. Kalau kita diperlihatkan dengan seorang sahaja dari bidadari itu, nescaya semua perempuan di dunia ini kelihatan hodoh belaka. Yang cantik hanya perempuan solehah. Hanya perempuan beriman dapat mengalahkan kecantikan bidadari syurga. Kecantikan bidadari syurga itu kekal .

wAllahualam .

Moga Bermanfaat . ^_^

No comments:

Post a Comment