Blogger templates

Sunday, June 19, 2011

Pakaianku Hanya Satu

------------------------------

Suatu ketika,Khalifah Umar bin Abdul Aziz berceramah di hadapan umat Islam. Sebagaimana biasa, orang ramai sangat-sangat lah berminat terhadap isi ceramah Khalifah yang 'alim lagi warak ini kerana isi ceramahnya sangat bermutu dan menyentuh hati para kaum muslimin.Akan tetapi kali ini perhatian para hadirin bertambah satu perkara. Ya'ni selain mendengarkan pada syarahan yang sangat memikat, mata juga tertumpu pada tangan Khalifah yang sentiasa mengerak-gerakkan baju yang dipakainya.Kadang-kadang Khalifah menggerakkan bajunya di bahagian kanan dengan tangan kanan tangan, dan kadang-kadang bahagian kiri dengan tangan kiri. Sekali sekala beliau menggerak-gerakkan baju bahagian hadapan.

Para hadirin saling berbisik dan bertanya sesama sendiri apa sebabnya Khalifah bersikap demikian ketika berpidato kali ini.

Setelah majlis bersurai, barulah mereka mendapat tahu bahawa Khalifah hanya mempunyai sepasang baju. Kebetulan, sebelum pergi ke majlis untuk berpidato, baju Khalifah baru sahaja selesai dibasuh dan dipakainya sebelum kering kerana ketiadaan baju lagi. Maka agar baju tersebut kering lebih cepat, lalu digerak-gerakkannya ke kanan dan kiri. Maka kelihatanlah gerak tangan Khalifah kadang-kadang tidak mengena dengan kandungan pidatonya. Orang ramai hanya senyum-senyum sahaja apabila mendapat tahu keadaan Khalifahnya. Mereka telah maklum bahawa Khaliah yang satu ini betul-betul warak, sangat hati-hati dalam berbelanja dan menjaga harta negara. Beliau tidak menyimpan barang berlebihan. Oleh kerana itu, beliau membeli baju baru yang sedia ada sudah rosak dan tak dapat dipakai lagi.

------------------------------
SubhanAllah... sampai begitu sekali Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Seorang yang sangat menjaga hartanya daripada dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu. Beliau juga seorang sangat amanah menjaga harta negara dan tidak mengguna sedikit pun harta negara. masyaAllah..
Tapi ... kita ? adakah kita menjaga harta kita seperti itu walaupun sedikit ???? pernahkah kita terlintas bahawa harta yang berlebihan yang diberi Allah adalah harta orang lain yang perlu kita kembalikan ???? amanahkah kita dalam menjaga hak orang lain ???

Kata suami : "tahun ni abang dapat duit bonus , bolehlah kita pergi shopping... ! "
Kata isteri: " Abang, jum pergi shopping beli perabot baru, beli baju baru, beli itu beli ini. "
Kata anak-anak: "Ayah,ayah .. adik na tu.. akak na ni.. abang na yang tu dan yang ni "
Kata kawan-kawan: " Cuti sekolah kita pergi "outing" na tak ? Ayah da bagi duit."

Astaghfirullah.. lalainya manusia dengan ni'mat harta. T_T

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
(Suratul Nisa : 58)

" Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui al Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
! "
(Suratul Furqan: 50 )
Nauzubillah ya Allah. T_T

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
(Suratul Qasas : 17)
amiin. T_T



No comments:

Post a Comment