Blogger templates

Sunday, May 5, 2013

Sahabat Dunia Akhirat

Salam 'alaykum wr wb.

Alhamdulillah, sekian lama tidak mengupdate blog diatas kesibukan yang bertimbun-timbun, maka diberi peluang oleh Allah swt untuk membuat sedikit coretan faqir pada waktu ini.
Coretan tentang kisah Sayyidina Umar alKhattab bersama sahabatnya Khalid alWalid

***** 

Aku berjuang bukan kerana Umar, aku berjuang kerana ALLAH.Itulah perkataan yang keluar dari Khalid alWalid bila diturunkan menjadi panglima dan di gantikan dengan Abu Ubaidah.

Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.

"Khalid Saifullah (pedang Allah), Aku sesekali tidak pernah berdendam denganmu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukanmu. Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan kerana aku cemburu denganmu wahai sahabat tetapi engkau tidak tahu, tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkanmu, jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka. Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat.” Ujar Saidina Umar alKhattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika seorang sahabat datang kepadanya. Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai sahabat, perhatikan badanku, adakah ada tempat yang tiada parut?”“
Tiada Wahai Khalid,” jawab sahabat tersebut.
“Maka bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa Allah tidak menerimaku sebagai salah seorang syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?” Soal Khalid.
Mendengar keluhan Khalid itu, sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “Kau tidak boleh syahid Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”
Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

*****

Tanda Allah kasih pada hambaNya, diberiNya ujian. Tanda seorang sahabat kasih pada sahabatnya, diberinya nasihat. 
Jadi jangan buruk sangka bila sahabat beri nasihat. Bukan dia cemburu, bukan dia dengki, bukan dia tak suka, bukan dia marah cuma hanya satu alasan, dia ingin melihatmu bersama-samanya di Syurga. :) ♥
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar." ('Asr:1-3)

No comments:

Post a Comment