Blogger templates

Wednesday, May 4, 2011

Erti Sehelai Daun

Bismillah ar Rahman ar Rahim

"Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,kem
udian Ia mengembalikannya(hidup semula sesudah mereka mati),sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya.Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi,dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Rum:27)


Erti Sehelai Daun


Daun..padamu letaknya seribu satu makna pengertian..
Bertunasnya dirimu dari sebiji benih,memberi seribu satu harapan yang baru..
Membawa erti adanya harapan disebalik kepayahan..
Kelebihanmu membawa seribu nafas yang baru..
Nafas yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk hambaNya untuk disyukuri atau dikufuri..
Jiwa yang bertunjangkan akhirat mensyukuri nikmat nafas yang diberi..
Nafas yang dihirup digunakan menarik jiwa yang lain bertunjangkan akhirat..

Namun,jiwa yang dikaburi hawa semata-mata mengkufuri nikmat nafas yang diberi..
Bahkan mengajak jiwa yang lain sama terendam dalam kenikmatan yang sementara..
Dirimu terselit seribu makna..
Luruhnya dirimu bersamamu membawa peringatan yang menyusuk jiwa yang memahami..
Peringatan tiada yang kekal abadi di dunia ini..
Secantik,sehebat,segagah mana pun dirimu diusia muda..bertemu tanah jua akhirnya..
Seelok mana rupa parasmu..berkerut jua akhirnya..
Peringatan Sang Pencipta untuk hambaNya yang leka..
Menggamit jiwa yang terpesong kembali pada asalnya..
Tunduk dan patuh padaNya Yang Satu..

Luruhnya dirimu membawa erti adanya dedaun yang baru..
Dedaun yang memberi sinar yang bergemerlapan..
Dedaun yang padanya menggalas visi dan misi yang baru..
Membetulkan kembali apa yang terpesong..
Luruhnya dirimu..meninggalkan memori yang lama,membuka lembaran yang baru..
SubhanaAllah,betapa agungnya kuasaMu ya Allah..
Sehelai daun sudah mencukupi untuk mengingatkan hambaMu..
Padanya terselit seribu satu yang tersurat dan tersirat..
Itulah ertinya sehelai daun.

Saturday, April 9, 2011

Doakan Ana~ ^^

Bismillah ar Rahman ar Rahim
"Penuntut ilmu yang sebenar itu adalah orang yang memelihara hatinya. Sesungguhnya,Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati-hati manusia. Justeru, hati manusia itu perlu dijaga agar hati berkata-kata dengan apa yang diredhai oleh Allah SWT. Sungguh, bagi orang yang berjihad, yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan memelihara hatinya serta berkorban untuk mendap
atkan ilmu, pasti Allah akan membukakan pintu-pintu ilmu serta memberikan kemudahan dan pertolongan.. "
(Habib Ali Al Jufri)

InsyaAllah,tahun ni ana akan habiskan juzuk.Ana mohon doa dari sahabat ukhwah untuk mendoakan ana serta sahabat - sahabat ana.Dalam pada tu juga,ana akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.Mohon doa sangat-sangat. T_T

"Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang
Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "WahaiTuhanku tambahilah ilmuku".
(Toha:114)


Ya Allah Ya Rahman,sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang baik.Ya Rabbi,sesungguhnya aku berlindunng denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang
tidak khusyuk, doa yang tidak di dengar (m
aqbul) dan amala
n yang tidak di naikkan (diterima).amiin


.
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab
Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami keru
gia
n;"
(Fatir:29)
Location: in Surau asrama ^^
ehem,ehem..
Penatnye ustaz ni..ana mohon juge untuk doakan ustaz ni.

Selepas belajar,rebahkan diri dengan Ilahi.InsyaAllah,akan peroleh keberkatan.
amiin

Saturday, April 2, 2011

Seluas Cinta ! ^^

Bismillah ar Rahman ar Rahim
"maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia"
(Maaidah:54)
**********************************************************
Pada suatu hari, Nafisah sengaja pergi menjumpai Muhammad al Amin dan bertanya "Wahai al Amin,Menapakah engkau belum berkahwin?” Muhammad al Amin terdiam apabila mendengar akan pertanyaan itu. Muhammad kemudiannya menjawab sambil tersenyum: "Saya belum mampu untuk berumah tangga." Jawabnya pendek. Nafisah bertanya lagi: "Apakah pendapatmu andai ada seorang wanita yang rupawan, hartawan, bangsawan dan dermawan memintamu untuk mengahwininya?"
Sememangnya Muhammad faham akan ungkapan Nafisah itu, tetapi Muhammad tetap bertanya pula: "Siapakah wanita yang engkau maksudkan itu?" "Khadijah binti Khuwailid." Jawab Nafisah singkat. "Seandainya beliau berkeinginan , saya tidak akan menolak." Jawab Muhammad pula. Nafisah seolah-olah tidak percaya mendengar jawapan Muhammad itu. Bagi memastikan dirinya tidak tersilap Nafisah bertanya: "Apakah engkau berkata benar, Muhammad?" Gesanya. "Benar. Saya bersungguh-sungguh." Jawab Muhammad. Setelah memperolehi jawapan dari Muhammad, Nafisah segera pergi ke rumah Khadijah untuk menyampaikan berita gembira bahawa Muhammad putera Abdullah itu bersetuju untuk mengahwininya. Wajah Khadijah berseri-seri setelah mendengar jawapan itu. Sebagai lambang kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah atas berita gembira itu, maka Khadijah membahagikan sebahagian hartanya kepada orang-orang miskin dan sesiapa saja yang memerlukan. Dalam pada itu, Muhammad al Amin segera memberitahu perkara itu kepada bapa saudaranya Abu Talib, Abbas dan Hamzah. Mereka berasa amata gembira dan tanpa perlu dibawa berbincang mereka telah menyetujui cadangan Muhammad untuk mengahwini Khadijah binti Khuwailid.
Oleh itu, Muhammad meminta bapa saudaranya mengemukakan pinangan kepada pihak Khadijah. Maka ketiga-tiga mereka segera menemui keluarga Khadijah iaitu bapa saudaranya Amr bin Asad untuk mengemukakan pinangan Muhammad terhadap Khadijah. Amr bin Asad bersetuju dan menerima pinangan Muhammad. Pada hari yang telah ditetapkan, Muhammad pergi ke rumah Khadijah.Majlis walimah itu dihadiri olej Hamzah, Abu Talib dan Abbas. Kedatangan mereka disambut oleh keluarga Khadijah dengan mesra, disertai dengan tatacara penghormatan yang sederhana.
Pada walimah itu, Abu Thalib menyampaikan ucapan bagi pihak lelaki dan ucapannya itu disambut oleh Amr bin Asad. Amr bin Asad menyatakan secara terbuka mengenai penerimaan ahli keluarganya terhadap Muhammad selaku suami anak saudaranya, Khadijah dengan mas kahwin (mahar) sebanyak 20 ekor unta. Lalu berlangsunglah pernikahan Muhammad dan Khadijah. Penyembelihan haiwan ternak dan tabuhan kompang menyemarakkan lagi majlis tersebut. Sementara orang-orang miskin pun turut bersuka ria dan mereka diberi layanan yang baik oleh keluarga Khadijah. Setiap seorang fakir dan miskin yang datang pada waktu itu akan diberi hadiah yang bernilai oleh Khadijah.Di antara jemputan yang turut hadir ialah Halimatul Saadiah, ibu susu Muhammad.Beliau datang dari sebuah desa yang terletak di pedalaman Makkah dikenali sebagai desa Bani Saad hanya untuk menyaksikan perkahwinan Muhammad dan Khadijah.Halimah berada di rumah Khadijah selama 2 hari. Sepanjang itu Khadijah telah melayani Halimah dengan baik dan hormat. Muhammad begitu gembira dengan kehadiran Halimah di majlis tersebut dan merasakan seolah-olah pada waktu itu ibu kandungnya, Aminah turut menyaksikan hari yang penuh bermakna itu.
********************************************************
" Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesah
kan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman"
(Yusuf:111)

SubhanAllah..indahnya cinta.. ^^
~Buah hati tercinta~ :X :X :X

Nur Amni Aisyah and Mohd Rizq Haris .. miss them a lot.. !!

Thursday, March 17, 2011

Manfaat !!

Bismillah ar Rahman ar Rahim

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian,maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(Suratul Munafiqun : 9)

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara lainnya, gunakanlah masa mudamu sebelum masa tuamu,masa sihatmu sebelum masa sakitmu,masa kayamu sebelum miskinmu, masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang matimu.”
( Riwayat Muslim, Tirmidzi dari Amru bin Maimun)

FACEBOOK , YM , BLOG , MYSPACE , FRIENDSTER ??? Ramai yang telah mengenali dan menggunakan laman-laman sosial ini.Facebook adalah laman yang paling ramai penggunanya.Di samping itu, ada penggunanya menggunakan dengan cara yang baik seperti berda'wah.Itu adalah salah satu cara untuk memanfaatkan nikmat dunia. Dan tak tertinggal juga ada yang menggunakannya dengan perkara yang tidak baik seperti melakukan maksiat,menyebarkan aib sendiri ,menyebarkan aib orang , mengumpat , memerli , melepaskan geram dan lain-lain.Nauzubiilah .. T_T . Sedarkah kita bahawa setiap amal itu akan dihitung oleh Allah walaupun sekecil zarah.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! "
(Suratul Zalzalah : 7)

Guna dan manfaatkanlah sebaik-baiknya dengan pemberian nikmat yang telah diberikan oleh Allah ketika masih hidup ini.

" (Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu "
(Suratul Jaathiyah : 15 )

" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
(Suratul Munafiqun : 11)

Peringatan buat diri. T_T

" (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan),itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. "
(Surah at Thaghaabun : 9-10)
Moga istiqamah ^^
wAllahu'alam

Monday, March 7, 2011

Hukuman yang PASTI ! T_T


Bismillah ar Rahman ar Rahim

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
(Surah Qaf : 16-19)

" Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -"Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
(Surah Qaf : 20-29 )

Andai diri ada kesalahan , oleh itu bertaubatlah. Allah sangat suka pada hamba-hambaNya yang selalu memintan ampun dariNya walaupun kesalahan yang kecil. astaghfirullah T_T
" Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Surah at Taubah : 118 )

" (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
(Surah Qaf: 30 )
Mahukah kita ?
"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian)."(Suratul Mursalat : 32-34 )


" Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat". (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal". Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). "
(Surah Qaf : 31-35)
SubhanAllah ,, subhanAllah ,, subhanAllah .. perbaiki dan muhasabah diri agar sentiasa dalam rahmatNya ..Allah telah berjanji dalam firmanNya:
"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya) " ( Suratul A'raaf : 170 )


" Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. "
(Surah Qaf : 37)
Moga istiqamah ..

wAllahu'alam. ^^