Blogger templates

Sunday, June 19, 2011

Pakaianku Hanya Satu

------------------------------

Suatu ketika,Khalifah Umar bin Abdul Aziz berceramah di hadapan umat Islam. Sebagaimana biasa, orang ramai sangat-sangat lah berminat terhadap isi ceramah Khalifah yang 'alim lagi warak ini kerana isi ceramahnya sangat bermutu dan menyentuh hati para kaum muslimin.Akan tetapi kali ini perhatian para hadirin bertambah satu perkara. Ya'ni selain mendengarkan pada syarahan yang sangat memikat, mata juga tertumpu pada tangan Khalifah yang sentiasa mengerak-gerakkan baju yang dipakainya.Kadang-kadang Khalifah menggerakkan bajunya di bahagian kanan dengan tangan kanan tangan, dan kadang-kadang bahagian kiri dengan tangan kiri. Sekali sekala beliau menggerak-gerakkan baju bahagian hadapan.

Para hadirin saling berbisik dan bertanya sesama sendiri apa sebabnya Khalifah bersikap demikian ketika berpidato kali ini.

Setelah majlis bersurai, barulah mereka mendapat tahu bahawa Khalifah hanya mempunyai sepasang baju. Kebetulan, sebelum pergi ke majlis untuk berpidato, baju Khalifah baru sahaja selesai dibasuh dan dipakainya sebelum kering kerana ketiadaan baju lagi. Maka agar baju tersebut kering lebih cepat, lalu digerak-gerakkannya ke kanan dan kiri. Maka kelihatanlah gerak tangan Khalifah kadang-kadang tidak mengena dengan kandungan pidatonya. Orang ramai hanya senyum-senyum sahaja apabila mendapat tahu keadaan Khalifahnya. Mereka telah maklum bahawa Khaliah yang satu ini betul-betul warak, sangat hati-hati dalam berbelanja dan menjaga harta negara. Beliau tidak menyimpan barang berlebihan. Oleh kerana itu, beliau membeli baju baru yang sedia ada sudah rosak dan tak dapat dipakai lagi.

------------------------------
SubhanAllah... sampai begitu sekali Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Seorang yang sangat menjaga hartanya daripada dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu. Beliau juga seorang sangat amanah menjaga harta negara dan tidak mengguna sedikit pun harta negara. masyaAllah..
Tapi ... kita ? adakah kita menjaga harta kita seperti itu walaupun sedikit ???? pernahkah kita terlintas bahawa harta yang berlebihan yang diberi Allah adalah harta orang lain yang perlu kita kembalikan ???? amanahkah kita dalam menjaga hak orang lain ???

Kata suami : "tahun ni abang dapat duit bonus , bolehlah kita pergi shopping... ! "
Kata isteri: " Abang, jum pergi shopping beli perabot baru, beli baju baru, beli itu beli ini. "
Kata anak-anak: "Ayah,ayah .. adik na tu.. akak na ni.. abang na yang tu dan yang ni "
Kata kawan-kawan: " Cuti sekolah kita pergi "outing" na tak ? Ayah da bagi duit."

Astaghfirullah.. lalainya manusia dengan ni'mat harta. T_T

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
(Suratul Nisa : 58)

" Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui al Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
! "
(Suratul Furqan: 50 )
Nauzubillah ya Allah. T_T

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
(Suratul Qasas : 17)
amiin. T_T



Friday, June 17, 2011

Doa sedikit atau banyak ?? ^^



--------------------
Tempat-tempat di sekitar Ka'abah adalah tempat mustajab doa. Disana kaum muslimin mengambil kesempatan untuk memanjatkan permohonan kepada Allah dengan harapan permintaanya diqabulkan. Seorang hamba Allah di zaman Khalifah Umar al Khattab telah menjadi sebutan para sahabat berkenaan doa yang dipohonkan kepada Allah.

Suatu ketika Amirul Mukminin as Sayyid Umar ibn Khattab bertawaf disisi Ka'bah. Tiba-tiba as Sayyid Amirul Mukminin ini mendengar seorang hamba Allah sedang berdoa di Multazam.

" Allahummaj 'alni minal qalil.. yang bermaksud ya Allah jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang sedikit.. " Doa hamba Allah itu.

Khalifah Umar pun hairan mengapa orang itu minta dimasukkan kedalam golongan sedikit, beliau tidak faham akan maksud "sedikit" itu.Walaupun begitu beliau tidak terus menegurnya ketika itu sehinggalah selesai tawaf.Setelah selesai tawaf, Khalifah Umar menyuruh agar hamba Allah itu dibawa kehadapannya.

"Wahai hamba Allah, mengapa seperti itu doamu?? " tanya Khalifah Umar.

"Benar Khalifah, bukankah dalam kitabullah iaitu dalam suratul Saba' ayat 13 ada mengatakan..
Hamba Allah itupun membaca ayat tersebut,
" Wa Qaliilum min 'ibaadiyash syakuur.. " yang bermaksud "Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."

Mendengar jawapan itu, Khalifah Umar mencela dirinya sendiri: "Semua orang lebih 'alim daripada engkau wahai Umar!"

Rupanya hamba Allah tadi minta kepada Allah agar dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang bersyukur yang disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang sedikit.

---------------------

SubhanAllah , kita selalu berdoa .. "ya Allah , beri aku ini , beri aku itu .." tapi pernahkah kita berdoa seperti doa hamba Allah diatas. Malah, pernahkah kita terlintas untuk mensyukuri ni'mat syukur itu?? T_T

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? "
(suratul Rahman : 29-30)


Tuesday, June 14, 2011

Cita-cita dan rindu ^^



بسم الله الرحمن الرحيم

A001
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
A002
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
A003
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


A004
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
A005(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)



A006
Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
~Suratul Fath~
(1-6)
******
Surah ini adalah salah satu surah yang Rasulullah sangat suka kerana surah ini mengisahkan kemenangan Islam.
Surah ini juga memberitahu akan perjanjian hudaibiyyah yang dilakukan keatas kaum Quraisy Makkah ketika bulan zulhijjah yang pada ketika itu Rasulullah memasuki Makkah untuk menunaikan haji.

Thursday, June 9, 2011

Nawaitu , an Niat

Ketika sedang menuntut ilmu, Abu Yazid mencurahkan segala perhatiaanya terhadap kitab yang dipelajarinya dan keterangan-keterangan gurunya.Siang berpuasa dan pada sebelah malamnya bangun tahajjud.Demikian dilakukannya sepanjang pengembaraannya selama tiga
puluh tahun dari satu guru kepada guru yang lain sehingga jumlahnya mencapai 113 orang.

Suatu ketika dia belajar di bawah asuhan seorang guru yang juga ahli sufi terkenal bernama Sadiq.Di situlah Abu Yazid lebih menumpukan penglihatan dan pendengarannya hanya pada pelajaran sehingga dia tidak tahu hal-hal disekelilingnya.

Suatu hari,guru Abu Yazid iaitu Tuan Sadiq menyuruh Abu Yazid untuk mengambil sesuatu.

" Hai Abu Yazid , tolong ambilkan buku ana. " kata tuan guru Sadiq.

" Kat mana? " tanya Abu Yazid.

" Kat tingkap. " jawab tuan guru Sadiq.

" Tingkap yang mana ? " tanya Abu Yazid lagi.

" Tingkap yang itu la.mana ada tingkap lagi. " jawab tuan guru Sadiq.

" Ana tak tau la tuan guru... ??? " tanya Abu Yazid.

" Astaghfirullah ! Enta belajar dan tinggal kat sini dah bertahun-tahun , takkanlah tak tau tingkap. (=.=' ) " kata tuan guru Sadiq.

" Tidak. Ana tak tau . Ana datang kat sini untuk belajar kepamumu tuan guru Sadiq, bukan untuk melihat tingkap dan lain-lain yang ada kat sini. Selama ini mata dan pendengaranku tertutup pada hal-hal lain selain pada pelajaran yang tuan guru terangkan. " Jawab Abu Yazid.

Mendengar jawapan itu tahulah tuan guru Sadiq bahawa muridnya itu telah mencapai taraf tinggi kerohaniannya dan telah berhasil apa yang telah dipelajarinya. Maka berkatalah Sadiq kepada Abu Yazid : " Kalau demikian pelajaranmu telah selesai.Maka enta kembalilah ke Bustam. "
----------------------------------------------

SubhanAllah... niat Abu Yazid yang sangat membanggakan.
" Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. " (Fussilat : 35)

wAllahu'alam. ^^

Wednesday, May 4, 2011

Erti Sehelai Daun

Bismillah ar Rahman ar Rahim

"Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,kem
udian Ia mengembalikannya(hidup semula sesudah mereka mati),sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya.Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi,dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Rum:27)


Erti Sehelai Daun


Daun..padamu letaknya seribu satu makna pengertian..
Bertunasnya dirimu dari sebiji benih,memberi seribu satu harapan yang baru..
Membawa erti adanya harapan disebalik kepayahan..
Kelebihanmu membawa seribu nafas yang baru..
Nafas yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk hambaNya untuk disyukuri atau dikufuri..
Jiwa yang bertunjangkan akhirat mensyukuri nikmat nafas yang diberi..
Nafas yang dihirup digunakan menarik jiwa yang lain bertunjangkan akhirat..

Namun,jiwa yang dikaburi hawa semata-mata mengkufuri nikmat nafas yang diberi..
Bahkan mengajak jiwa yang lain sama terendam dalam kenikmatan yang sementara..
Dirimu terselit seribu makna..
Luruhnya dirimu bersamamu membawa peringatan yang menyusuk jiwa yang memahami..
Peringatan tiada yang kekal abadi di dunia ini..
Secantik,sehebat,segagah mana pun dirimu diusia muda..bertemu tanah jua akhirnya..
Seelok mana rupa parasmu..berkerut jua akhirnya..
Peringatan Sang Pencipta untuk hambaNya yang leka..
Menggamit jiwa yang terpesong kembali pada asalnya..
Tunduk dan patuh padaNya Yang Satu..

Luruhnya dirimu membawa erti adanya dedaun yang baru..
Dedaun yang memberi sinar yang bergemerlapan..
Dedaun yang padanya menggalas visi dan misi yang baru..
Membetulkan kembali apa yang terpesong..
Luruhnya dirimu..meninggalkan memori yang lama,membuka lembaran yang baru..
SubhanaAllah,betapa agungnya kuasaMu ya Allah..
Sehelai daun sudah mencukupi untuk mengingatkan hambaMu..
Padanya terselit seribu satu yang tersurat dan tersirat..
Itulah ertinya sehelai daun.